29 May 2008

Semalam..

Semalam... lepas suapkan nasi si Amir, anakku, aku siap2kan diri untuk tidor. Dia ku biarkan terus menonton kartun kegemarannya di Astro Ceria. Selesai Kampung Boy dia minta tutupkan tv. Diambil remote dan ditutup sendiri. rupanya sekadar memaklumkan kepada aku yang dia hendak tidur.

Aku terjaga kembali pukul 1 pagi. Laparnya... Si kecil dalam rahimku bergerak2. Agaknya dia pun lapar. Melayan perasaan, aku masakkan air dan merendam sebungkus maggi kari. Sementara menunggu, aku onkan tv dan menonton rancangan kegemaranku, CSI. Waktu iklan, aku tambahkan kicap di dalam maggi dan mengadap kembali tv. Selesai makan, tayangan CSI Miami pula bersambung. Aku menunggu lagi tapi rasa perutku tidak selesa. Bertahan beberapa minit, aku bangun utk menggosok gigi. Seperti ada sesuatu melekat di kerongkong, aku mula batuk.. Tiba2, terkeluar semua isi perutku yang baru ku isi tadi. Ah, teruknya rasa. Dahlah suamiku tiada di sisi.

Aku kembali berbaring di depan tv.Menahan rasa perutku yang semakin perit. Aku sapukan bam perlahan2, walaupun aku risau ia memberi kesan kepada si kecil dalam rahimku. Aku gagahkan juga sebab peritnya seperti tahap maksima.

Puas menggosok perlahan2 akhirnya aku pujuk mata untuk lelap. Ahh..dah pukul 3.30pagi..esok kerja.. Akhirnya aku terlena...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker