08 June 2011

Memandu berdua dengan bayi..

Untuk pertama kalinya saya menaip entry berilmu yang boleh dikongsi bersama. (Dah bertahun berblog baru nak kongsi ilmu. Kedekut betoii!)

Bagi ibu-ibu yang nak berjalan-jalan berdua dengan bayi yang hanya minum susu ibu. Tentu anda merasa sukar sebab nak memandu dan nak menyusu adalah dua perkara yang sukar dilakukan serentak. Ada beberapa pilihan untuk ibu-ibu.

Bahan keperluan :
'Bottle warmer'
Tuala kecil atau lampin kain
EBM

Untuk perjalanan dekat, kurang daripada 1 jam.

Caranya:
Sediakan satu botol susu ibu. Kandungannya sebagaimana selalu dibekalkan kepada pengasuh. Saya sediakan 3oz. Saiz hidangan yang sama disediakan sekali minum apabila dengan pengasuh. Panaskan susu sebelum bertolak dan masukkan ke dalam 'bottle warmer'.

Sebelum bertolak, susukan bayi terlebih dahulu. Selesai, letakkan bayi didalam 'baby car seat'.

Letakkan 'bottle warmer' yg berisi susu telah dipanaskan di tempat yang paling mudah dicapai apabila memandu.

Mulakan perjalanan dengan menyediakan kain lampin atau tuala kecil. Akan dijadikan penyendal apabila perlu.

Jika bayi menangis, susukan bayi dengan susu yang telah dipanaskan tadi. Hentikan dahulu kenderaan anda di tempat yang sesuai sebelum menyusukan bayi. Saya biasanya berhenti sebentar sahaja untuk menyuap susu sebab saya sendalkan botol dengan lampin kain dan teruskan pemanduan. Sepanjang perjalanan saya pantau bayi dan botol susu.

p/s : Jika bayi kelihatan kenyang dan hanya mahu menyusu untuk menyonyot boleh juga saiz hidangan tadi dibahagi kepada dua. Panaskan hanya satu bahagian dahulu.

Untuk perjalanan jauh melebihi 1 jam

Keperluan tambahan, jika selalu berperjalanan jauh ialah 'car bottle warmer' ataupun air panas dan cawan yang muat dengan botol susu untuk merendam susu. Juga kotak tahan sejuk dan 'ice pack' untuk simpan susu bekalan seterusnya.


Chiller box

portable bottle warmer

Caranya:

Untuk 1 jam pertama perjalanan, penyediaan sama seperti di atas.

Untuk perjalanan seterusnya, semasa berhenti dan bayi bersedia menyusu, panaskan susu dan berikan kepada bayi. Tetapi adalah lebih baik menyusu terus dari ibu ketika berhenti.

Tips tambahan untuk ibu yang suka shopping macam saya.. hehe..
Semasa sampai ke destinasi, cuba tawarkan kepada bayi untuk menyusu sebelum mula bergerak keluar dari kenderaan. Jika agak lama bayi tidak menyusu sepanjang bershopping, cari tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi dan tawarkan lagi susu. Sebelum bertolak pulang, sebaik sahaja masuk ke dalam kenderaan, tawarkan lagi sekali susu ibu kepada bayi. Ini untuk keselesaan bayi supaya bayi tidak kembong. Lebih baik banyak menawarkan susu, daripada bayi mengamuk di dalam perjalanan.

Paling penting, tenangkan diri supaya bayi juga akan tenang semasa perjalanan mahupun semasa berhenti untuk menyusu..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers