08 August 2011

Resepi||Puding roti



Bayangkan rasa sejuk yang masuk ke mulut. Lidah menikmati rasa coklatnya dan nyaman melalui kerongkong. Sedapkan? Dijadikan juadah berbuka pulak tu..

Resepi ringkas ni saya cedok di sini. Macam-macam puding ada..Nyum!

Seperti biasa saya menderhaka dari resepi asal..



Bahan-bahan :

2 keping roti (saya guna roti sosej sebab roti tu ja yang ada)
2 biji telur
3 camca besar susu pekat
3/4 cawan susu sejat
10gm serbuk agar2 (saya guna sepeket kecil, malas nak bahagi 2)
1/2 cawan gula
2 sudu besar marjerin dicairkan
4 cawan air (guna cwn biasa 250ml)
1 sudu besar serbuk koko (1/2 sudu teh coklat emulco)

Cara membuatnya:

Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 dan gula kedalam periuk.

Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan lebihan air(1 cwn). Kemudian masukkan kedalam periuk agar2 yg sudah dididih tadi.

Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih.matikan api.

Bahagikan kepada 2 bhgn, satu bahagian warna asal dan satu bahagian letak koko.

Kacau cepat2 dan sebati,pastikan serbuk koko tak berketul2. (Sebaiknya bancuh serbuk koko dengan air panas dahulu, kacau sebati, baru dimasukkan ke dalam salah satu bahagian).

Tuang kedalam bekas secara berselang seli...sesenduk demi sesenduk, sesenduk warna asal dan sesenduk warna coklat, ulang sehingga habis..(ketika melapis hendaklah dgn cepat sbb puding nie, mudah sejuk dan membeku...). Saya melapis dari sisi, dengan melapik salah satu sudut bekas supaya lebih tinggi dan mula melapis di bahagian rendah dahulu. Selesai melapis, bekas diratakan kembali.


Bila siap, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam dan enak dimakan ketika sejuk.

Puding ni memang sedap...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker