14 July 2011

Kek Coklat Basah Kukus

Semalam anak-anak lelaki sibuk kerumun mak depa, nak tengok mak buat kek. Lahai..anak lelaki yang berminat dengan kek.. Anak perempuan kecik lagi.. Tunggu besar sikit tentu kerumun sama.. Hasilnya...


flash off



flash on

Sempat topping jer pagi tadi. Ingat nak bawak untuk kawan-kawan pejabat, tak sempat nak potong.. Jadinya lain kali je lah..

Bahan-bahan:

250 gm butter (@1 ketoi kecik Buttercup)
1 1/4 cwn gula kastor
1 1/2 cwn tepung gandum (tepung kek pun boleh)
1/2 cwn serbuk koko (Van Houten terbaekkk)
1 camca teh baking powder (kalau guna tepung kek tak perlu baking powder sbb dlm tu dh ada)
4 biji telur gred A
1/2 camca teh coklat paste (kalau tak suka sila kurangkan)
1 cawan air ais (250ml ye)

Cecaranya :
-Pukul butter dengan gula hingga kembang (nampak keputihan dan bila kacau tak rasa bijik-bijik gula).
-Masukkan telur sebiji, pukul. Masuk sebiji lagi, pukul.sampai habis 4 biji.
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pastu serbuk koko (sedikit, sedikit juga) dan baking powder.
-Campurkan coklat paste dengan air ais, kacau sebati. Masukkan dalam adunan tadi. Kacau. Guna mixer pun boleh.
-Dah sebati.Masukkan dalam acuan.
-Kukus 40 ke 50 minit.
-Tunggu sejuk, masukkan kedalam bekas lain dengan cara menterbalikkan. Bawah kek masa masak duk kat atas, baru topping. Tujuannya supaya masa topping tu sama paras. Mudah topping dan sekata. Nampak cantiklah.. Kek perlu sejuk dulu baru boleh tebalikkan. Kalau masa panas, kek akan pecah.

Bahan topping :
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak
Coklat rice untuk hiasan.

Masakkan serbuk koko, susu dan minyak bersama. Dah pekat, angkat dan terus tuang atas kek, ratakan. Tabur coklat rice dengan kadar segera.

Selamat mencuba..

p/s : Nanti saya update gambo kek yang dah dipotong..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers