03 June 2011

Aurat Wanita Islam dengan Wanita Bukan Islam..

Sebagaimana yang kita tahu, wanita dan lelaki bukan muhrim ada batas aurat yang perlu dipatuhi bagi memelihara kesucian wanita-wanita Islam. Saya tidak mahu ulas tentang ini sebab saya rasa dah ramai yang tahu. Tetapi aurat antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam. Saya rasa tidak ramai yang tahu tentang batas aurat ini.

Kupasan yang baik dan ringkas di Laman Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.

Ringkasnya, aurat wanita Islam dengan bukan Islam adalah sama seperti wanita Islam dengan lelaki bukan muhrim. Saya ambil yang ini sebab kalau ikut penerangan Ustaz Adnan, ada mazhab2 dan ulamak2 yang membezakan aurat ini.



Bukan apa, ada kalangan kita atau isteri2 dan anak perempuan kita yang tidak tahu tentang batas aurat ini. Bantai sama macam sesama wanita Islam. Salam dengan lelaki bukan muhrim tak boleh tetapi dengan salam dengan wanita Islam selamba ja. Pastu siap laga2 pipi. Tu dah kira bersentuhan. Jadi berhati2lah.

p/s: Kadang2 penekanan kepada perkara2 macam ni kurang dibuat di sekolah. Ibu bapa harus main peranan untuk ajar perkara-perkara asas macam ni. Samalah seperti memberus gigi. Kan?

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers