22 July 2009

Morning..

Tajuk kan main.. tapi cerita waktu petang..hikhik..

Sebenarnya nak cerita..pagi tadi aku anto si Aiman g Taska dia..kat TASKOM, JKM.. semasa dalam kawasan JKM tu, ada seorang pelatih kat situ tengah berdiri tepi laluan aku. Tiba-tiba sebaik saja aku dekat..dia melambai-lambai dekat kereta aku sambil tersenyum lebar.. Aku balas senyuman dia. Terlintas di hati aku, kesiannya.. sapalah mak ayah dia..moga-moga dia bahagia...

JKM ni sebenarnya singkatan untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat. Aku selalu nampak anak-anak yang cacat kat sini dan ini menjadi satu motivasi untuk diri aku. Moga-moga semua pelatih kat sini dilimpahi rahmat dariNya.. Semoga keluarga mereka menerima mereka seadanya dan semoga orang sekeliling memahami keadaan mereka..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers