03 September 2009

Aku Tidak Mahu Mewarisinya...

Bagilah tanah seluas dunia, emas selautan, malah intan permata setinggi gunung jerai.. (gunung jerai ja ka? jadilah..bukan ada orang nak bagipun... hahaha..) nescaya kecik tapak tangan.. 'backhoe' aku tadahkan.. Tetapi satu benda yang aku sebolehnya tidak mahu warisi dari ibuku...

Setakat ini aku tak pernah bercerita tentang ibuku lagi (rasanya). Tetiba pagi nih waktu tengah membelek blog Hidup biar sedap dapat plak idea nak bercerita tentang ibu aku ataupun aku pangil emak.

Emak.. tiba-tiba rindu pulak. Belum ada satu hari yang aku tidak mengingatimu emak. walau sejauh mana aku telah pergi (macamlah jauh sangat aku merantau). Emak aku asalnya dari sanglang, tapi tok aku duduk kodiang. entah macam mana emak aku membesar di sanglang. bertemu jodoh dengan ayah seawal usia 18 tahun (ikut pengiraan kamilah, kalau tanya emak..jawapan dia, entah..aku pun tak ingat dah).

Usia emak 35, aku dilahirkan. Sejak aku mula kenal emak,emak memang garang. Aku anak bongsu jadi aku sangat manja dengan emak walaupun mak tak manjakan aku..hahaha. Cuti tunggu result SPM aku hanya duduk di rumah sebab nak bermanja dengan emak. Aku satu-satunya anak yang suka cium emak, yang ke mana-mana pun(walaupun pergi sekolah setiap pagi) akan salam dan cium tangan emak, satu-satunya anak yang dah besar panjang tapi masih tidur atas paha mak dan satu-satunya anak mak yang dapat masuk U (walaupun setakat UiTM). Nanti adik (bahasa diri aku) sambung belajar lagi ye mak..

Rupa-rupanya setakat 29 tahun saja Allah bagi adik manja dengan mak. Allah ambik mak walau adik rasa masih tak puas cium harum tangan mak.. Sesungguhnya adik rindu..

Tahun 2007, aku beraya di rumah mertua. Raya Haji ja jadi aku tak kisah sangat. Kakak aku bagitau, mak sakit tak larat nak bangun dah. Kata kakak, mak sempat lagi balut ketupat hari sebelum tu. aku tahu, mak gagahkan diri demi anak cucu nak beraya.

Sebenarnya dah bertahun mak rasa sakit di bahagian bawah lengannya tapi mak tak suka pergi hospital. Mak tak mahu dibedah! Mak masih mampu buat kerja rumah, malah menebas sekeliling kawasan rumah. Hinggalah Januari 2007, sakitnya sudah tidak tertanggung. Mak terlantar. Semakin hari badan emak semakin kurus. Tidak berdaya bangun malah untuk membuang air sekalipun. Hanya mengharapkan anak-anak menguruskannya. Payudara emak sebelah kiri sudah merekah, bernanah. Sakitnya semakin merebak ke rahim dan payudara sebelah kanan. Jika dipegang perut emak keras seperti batu. Alangkah seksanya emak melawan penyakit...

Permintaan terakhir mak teringin nak makan gulai ikan haruan. Dan selepas itu mak dah tak boleh makan apa-apa lagi hanya air dan susu yang boleh ditelan. Minggu terakhir kakak yang menjaga mak minta kami balik tengok mak sebab mak nampak dah tenat. Aku dan keluarga balik untuk hujung minggu. Aku masuk kerja semula untuk mohon cuti panjang. Hati aku memang dikampung sahaja.

Malam 17 April aku menunggu emak sampai pukul 2 pagi, aku bersembang-sembang dengan emak, aku cium tangan emak sebelum aku masuk tidur.Pukul 4 pagi kakak aku kejutkan kami semua. Mak sudah tiada...

Hilanglah sudah seorang emak yang membesarkan aku selama 29 tahun. Hilanglah juga penenang aku waktu aku gundah. Dan pemberi inspirasi aku selama ini. Semuanya kerana kanser payudara..

Dan aku tidak mahu mewarisi penyakit itu... Moga dikabulkan olehNya..

**entry ini untuk ingatan aku dan anak-anak aku suatu hari nanti..juga sebagai pedoman kepada semua..


Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers