First of all..Alhamdulillah..
Hasil perahan ku kini sudah kembali kepada normal. Dari 2oz sehari sejak 2 minggu lepas, dah kembali ke 13oz sehari bermula 3 hari lalu. Syukur..
Apa tindakan aku semasa zaman kemerosotan itu?
~pertingkatkan bilangan perahan- sebelum ni hanya 3 ke 4 kali sehari. sekarang dah jadi 5 ke 6 kali sehari.
~menambah tempoh masa perahan- selalu perah kejap2 jer. sebab penyakit 'M'. sekarang dah di lamakan sikit..kalau lama sangat pun tak elok kan?
~amalkan multivitamin dan habbatus sauda. sebelum nih amik multivitamin dari CNI tapi selalu skip...hahaha.. sekarang dah tak skip dan tambah dengan habbatus sauda dari HPA.
Ape lagi ek? rasanya tu jer.. dan memang berkesan..alhamdulillah..