06 January 2010

Kawan lama..

Dalam berFB, aku selalu juga cari kawan2 lama zaman persekolahan dulu. Tapi kebanyakan nama yang aku cari takde dalam FB. Mungkin nick yang diguna glam2 belaka. Tak seperti aku yang pernah dikata nick tak glamer lah kak.. ahahaha.. kang letak nama britney dah orang tak kenal lak..hikhik.

Anyway, teringat seorang kawan lama. Taip nama dan terjumpa, huluran menjadi teman disambut.

Hari ini, aku mengambil peluang atas kelambatan mengupdate web opis, aku layari segala hal tentang dia, dari FB sehingga FP (fotopages). Tapi aku jadi kaku, tiada satu ayat pun aku keluarkan untuk memulakan kembali persahabatan dulu.

Dia pernah menjadi sahabat karib aku (bagi akulah) suatu masa dulu. Malah air mata aku pernah tumpah kerana persahabatan kami. Aku rindu pada kisah2 zaman persekolahan bersama dulu.

Semuanya mungkin hanya tinggal kenangan... Tengoklah nanti, pada suatu hari yang tenang. Aku akan memulakan bicara emas itu..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers