Itulah jiran beli durian..bau semerbak sampai rumah.. Anakpun mulalah bertanya. Si emak pun teringin bila menghidu baunya..
Selepas seminggu baru dapat beli kat pasar malam.. Bau semerbak satu rumah. Esoknya baru sempat buka, malahan si penjual dah berpesan, kalau tak elok boleh pulangkan sebelum pasar malam tutup.
Hasilnya...
Hanya 4 ulas jer dapat. Beli pun sebijik jer dengan harga RM20. Dapat 4 ulas..Hancur luluh hati.. Dapat jugak anak merasa..
Saya tak salahkan penjual. Dia bukan tahu isi dalam buah tu macamana. Dah dia pesan balik bukak tengok, saya yang silap. Tak sempat nak kopek. Dapatlah durian seulas 5 ringgit.. fuhhh!!!