09 June 2011

Muzium padi, Kedah

Suatu Sabtu nan indah, tidak merancang hendak kemana2. Saya berbisik kepada En Asben untuk bawa Amir ke Muzium Padi, Gunung Keriang, Kedah.


Selalunya kami melintas sahaja dari jauh setiap kali balik ke kampung. Kali ini kami bercadang untuk melawat. Tanpa memberitahu kepada Amir, kami memulakan perjalanan.

Sampai ke destinasi, Amir paling teruja.


Bayaran masuk yang dikenakan ialah:
  • Dewasa RM3
  • Kanak-kanak RM1
  • Kamera RM 2.

  • Rombongan Seorang RM1.
Segala benda yang berkait dengan padi ada kat sini. Malah contoh2 padi dari negara luar pun ada. Bagus untuk kanak-kanak yang telah bersekolah tetapi kurang sesuai untuk peringkat Aiman.


Tapi masih bagus sebab dapat tengok permandangan cantik yang dilukis di bahagian paling atas muzium.

Pemandangan ni dilukis dan dilekatkan ke dinding muzium yang berbentuk separuh bulat. Diletakkan satu platform berkerusi dan sentiasa berpusing. Jadi, pelawat hanya perlu duduk dan menikmati seperti menonton wayang. Lukisan berlatarkan suasana kampung yang dipenuhi sawah padi dan aktiviti orang-orang kampung. Saya suka suasana disini sebab dapat bercerita tentang gambar2 yang dilukis tu kepada Amir dan Aiman.


Menghabiskan masa di situ lebih kurang 3 jam, kami bertolak balik ke rumah ayah.

p/s : Tarikh kejadian ialah 28 Mei 2011. Kami tidak memberitahu Amir sebab jika tidak menjadi rancangan lawatan ni, dia akan sedih sepanjang hari. Malah akan terbawa2 ke hari esoknya.

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers