28 July 2011

Perginya 2 orang saudara..

Keagungan Allah yang telah merencanakan segalanya. Kami kehilangan 2 orang saudara pada hari yang sama iaitu 26 Julai 2011.

Jam 4 petang saya terima panggilan dari En Asben.

"Ila, Kak Cik Za dah meninggal"

Ayat tersebut menjadikan saya 'blur'. Tak terbayang di mata yang Kak Cik akan pergi dulu meninggalkan kami. Beberapa saat, saya baru dapat mengatur ingatan, Kak Cik anak Pak Ngah. Terbayangkan anak-anaknya, si kembar dan si adik. Sedihnya..


Mereka telah kehilangan ayah mereka tahun 2008, kalau tidak silap saya. Semenjak itu, Kak Cik diserang strok. Pada 1 tahap, segalanya perlu dibantu. Mulut tidak mampu berkata apa, hanya linangan air mata kala kami menjengah. Semakin hari, Kak Cik kuat melawan sakitnya. Hingga menghampiri akhir hayatnya, dia sudah mampu berkerusi roda. Dipimpin kemana-mana dan sudah boleh berbual-bual walaupun patah kata tidak jelas.

Kami tiba dirumah Pak Ngah kala jam sudah melangkaui 9 malam. Perjalanan ke Kampung Betong, Jeneri memakan masa yang lebih panjang dari biasa di waktu malam. Saya membayangkan anak-anaknya akan menangis. Kuasa Allah, tabahnya hati mereka. Tiada setitikpun airmata yang saya lihat di mata anak-anaknya. Hati saya lega. Tabahnya mereka. Mungkin mereka sudah bersedia sekian lama..

Kala melayan anak-anak saya, Sampai saudara dari Pauh, Perlis. Memaklumkan emak saudara saya juga telah pergi menemui Ilahi pada petang 26 Julai. Hari yang sama cuma berselang 2 jam sahaja. Masyaallah..

Saya kenali emak saudara saya sebagai Kak Tih. Disebabkan jauh di Felda Jengka Pahang, kami tidak melawat jenazah. Meninggal di Hospital Kajang dan dihantar balik ke sana.

Bagusnya arwah, kalau balik sahaja ke Perlis, rumah kami akan disinggah. Kenduri kendara, beliau akan sampai. Mendengar suara beliau, saya sudah kenal, itu Kak Tih. Memeluk arwah Kak Tih, seperti memeluk emak atau kakak. Begitulah pertaliannya, sekalipun jauh di Pahang sana.

Diserang penyakit 3 serangkai. sejak tahun lepas mula teruk. Dan keluar masuk wad baru dalam sebulan. Rencana Allah, ajalnya sampai awal.

Semoga roh mereka berdua di tempatkan di kalangan orang-orang yang diredhaiNya.. Amin.

Arwah Kak Cik Za sedang mengagah Huda (anak kakak).
Ada 2 makhluk tanpa kepala..Jangan takut!

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers