08 August 2011

Semangat datanglah...


Ewah.. Macam menyeru-nyeru pulak.. Sejak puasa semangat bekerja tu kureng jer..Bukan nak salahkan puasa cuma perubahan masa membuatkan tahap keletihan bertambah. Harap-harap saya dapat sesuaikan diri dengan pantas walaupun hari ini dah hari ke 8 berpuasa.





Hari pertama dan kedua saya lagi teruk. Lepas ja makan malam, dah terbongkang. Aduh! Sangat tak aktif. Saya agak sebab saya banyak minum air berais. Maka hari ke 3 saya kurangkan. Berkesan. Tenaga saya kembali. Yeay! Sah..ais tidak bagus untuk kesihatan. Jadi minumlah air suam ye kawan-kawan.

Semalam semasa mensyuarat terasa seperti seketul batu menghempap kepala. Sabarlah wahai hati. Terima demi rezeki. Itulah susahnya bila ada anak buah, tempias terpalit juga walau sedikit cuma. Mujurlah boss memahami. Bila begini, semangat terasa sedikit disuntik..

Harap segala perancangan menjadi. Pesanan kepada kawan-kawan, ikutlah arahan, demi sesuap nasi. Bukan mudah menjadi anak buah, tetapi lebih sukar menjadi boss...

Ok..Semangat dah ni. Jom buat kerja!

p/s: Amir belum ponteng puasa. Alhamdulillah..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers