6 tahun mengenalimu…
Benarlah..
Kata orang perkahwinan itu penuh ranjau dan duri..
Hanya yang tabah dan sabar
Akan mampu mengharunginya..
Hari ini..
Genaplah sudah 6 tahun usia perkahwinan kita..
Suka duka telah kita harungi
Dalam menegakkan sebuah ikatan suci ini..
Ikhlas ku akui..
Baru kini aku benar-benar mengenalimu..
Mengetahui setiap gerak tubuhmu..
Mengimbas setiap tutur katamu..
Membenteng setiap tingkahmu..
Sayang..
Kutahu..
Begitu banyak tingkahku yang meragukanmu
Begitu banyak lakuku yang melukakanmu
Begitu berganda kataku yang merobek jiwamu
Maafkan aku
Atas segala kesilapanku
Kerana sesungguhnya
Aku masih bertatih dan merangkak
Untuk mengenalimu dan memahamimu
Ketahuilah..
Kala kejauhan hanya wajahmu menemani hariku
Memelukku di malam dingin
Mengiringi setiap langkahku
Terima kasih sayang..
Kerana menjadi sandaran tika aku rebah kebumi
Menjadi pepohon rendang kala aku gersang dek panas mentari
Menjadi pautan kala aku tak tercapai bintang dilangit
Hari ini..
Kurasai nikmatnya sebuah ikatan suci
KurniaanNya buat hamba-hambaNya
Moga ikatan ini terus kekal abadi
Hingga akhir nanti…
Khas buat suamiku yang kucintai... Baharuddin Bin Mansor...