19 August 2009

Susu Ibu..

Setiap pagi aku bekalkan susu aku untuk Aiman minum di Nursery dia. Sebelum daftar dulu, aku dah maklum dengan pengurus nursery ni yang anak aku minum susu ibu dengan harapan depa akan gali ilmu-ilmu dalam menghandle susu ibu ni.

1st day hantar..semua ok..Aiman pun minum habis susu dia. Aku bekalkan 4 botol (12oz). Semua berlalu dengan lancar. End of the month, Aiman mula kurang minum susu. Bekalkan 4 botol, habis 3 botol ja. Aku assume sebab dia makan banyak. Pengasuh kat nursery pun bagitau dia makan banyak. Then, sejak minggu tu aku dah bekalkan 3 botol tapi kekadang habis 2 botol, kekaang habis 3. Yang lebih aku biarkan saja di nursery tanpa aku ambik tau cara depa simpan. Aku assume dah mai dalam keadaan cair, depa tak bekukan kot.

Awal Ogos, ada 1 minggu tu, aku hantar 3 botol, esoknya aku cuti dan sebotol ada lebih. Masa depa bagi balik, susu tu dalam keadaan beku. Mujurlah aku bekalkan susu fresh dekat Aiman. Jadi kalau dibekukan tiada masalah tapi aku tetap risau, nanti kalau aku bekalkan susu yang dah dicairkan, macamana? Aku mula berazam untuk buat pamplete nak bagi kat nursery.

Lagi satu peristiwa.. aku g ambik Aiman awal daripada biasa. Pukul 4 lebih. Pengasuh dia bagi balik 1 botol susu yang lebih tapi dah direndam. Aku pegang botol.. Panas macam air panas lepas 5 minit mendidih (agak2 ja). Huh! Aku nak suap Aiman pun tak sampai hati. Macamanalah baby nak minum panas macam ni. Aku mula cuak (susu 3oz tu aku buang ja..cedihnya.. bukan senang woo nak dapat 3 oz tu. ibu2 yang memerah susu je tau camana susah payah nak dapat susu ni). Tak boleh jadi. Takkan aku pulak nak buat kursus pengendalian susu ibu ni? Weekend tu aku buat pamplete. Bagi hari kerja minggu depannya (Aku letak dalam bakul ja, malas nak cakap banyak).

Balik dari kerja, aku tenguk pamplete tu dah diambil. Moga depa sama-sama share info tu. 2 botol susu yang aku bekal habis. Esoknya aku bekalkan 3 botol. Masa nak lepas Aiman tu aku bgtau, kalau susu tak habis, tak bekukan pun takpa. Pengasuh yang seorang ni (dia je ada masa tu) jawab, "tak biasa dengan susu badan ni." tiada senyum. tapi aku buat muka poyo jer. dalam hati"tak biasa kena belajarlah. hari ni anak aku esok2 anak orang lain pulak". Dimulut aku diam saja, walaupun sesekali terlintas nak tukar pengasuh yang dekat dengan rumah, sebab dia galakkan aku susu ibu. So tentu dia tahu nak handle.

Tapi memikirkan pro and con aku biarkan dulu. Aku tak nak cuti time cuti sekolah itu sebab aku hantar ke nursery. Kalau hantar kat jiran aku ni, time cuti sekolah tentu dia pun nak balik kampung.. hmm..entahlah. Tengok perkembangan Aiman camana nanti...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers