Showing posts with label ~baby aiman. Show all posts
Showing posts with label ~baby aiman. Show all posts

22 April 2011

Nikmat KurniaanNya..

Comments

Sewaktu merenung matanya sambil dia menikmati kurniaanNya yang ada pada ibunya. Hati diruntun sayu. Jernihnya mata Aliya membuatkan saya hampir menitik airmata. Betapa ramainya ibu dan ayah yang inginkan anak dan berusaha untuk mendapatkannya... dan betapa ramainya anak-anak yang dibuang dan didera tanpa belas kasihan..


Bagaimanalah baby sekecil Aliya yang diletakkan dilongkang, di dalam semak..menangis meraung, mengharap simpati.. Sedangkan manusia dewasa juga takutkan binatang seperti anjing, inikan pula baby yang langsung tiada daya. Manakala si ibu berlalu tanpa rasa.. dimana hati lembut seorang ibu? Apakah yang mendorong mereka menjadi sekeras besi setelah melalui saat getir melahirkan seorang anak?


Membesarlah sayang dengan tiap titis air susu ibumu. Nikmatilah kurniaanNya sementara masih mampu. Ibu akan sedaya upaya membesarkan kalian dengan kasih sayang..

p/s Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk saya merasai nikmatnya melahir, menyusu dan membesarkan anak-anak walaupun apa yang telah saya lakukan selama ini tidaklah setimpal dengan apa yng kau telah berikan...Alhamdulillah..

20 April 2011

Mood anak saya hari ni..

Comments
Aiman bangun awal hari ni. Pukul 6 setengah pagi dah bangun. Abang ngan ayah belum keluar rumah, dia dah mula keluarkan mainan dia. Ngantok..sambil mandi pagi pun boleh menguap.. At last..

so sweet.. sleepyhead

Jom join Nestle, nak? Apa yang kita dapat ye?

1. Eksklusif NESTLE Junior Club Goodies.
2. Sampel percuma dari Nestle CERELAC kalau ada anak umur 6-8 bulan.
3. Boleh kongsi mood anak di Facebook dan tag kawan-kawan.
4. Percuma 2 Nestle Junior Club E-Recipe Books.

Nak tahu lagi?
klik sini...

Exclusive Nestlé Junior Club Goodies


28 November 2010

Hati tak keruan

Comments
Si kecik Aiman demam..

Dah masuk hari ke 3 hari ni. Hari Jumaat dah bawa pergi klinik. Doktor dah bagi ubat tapi kali ni, Aiman langsung tak nak makan ubat. Adeh..puas paksa..Siap muntah-muntah.

Semalam, hari kedua. Terpaksa bawa dia ikut tengok Mini Konvo Amir. Dalam panas2 suam tu, bertahan jugak Aiman dalam ekon tapi dalam pukul 11, dia dah mula panas balik. Iyelah..kita yang tua nih pun kalau demam taknak duduk dalam ekon. Inikan budak pulak baru 2 tahun tu..

Malam semalam, rasa badan dia makin panas.. Nak tak nak, jolok ubat punggong. Itupun ambik masa nak surut. Hai susahnya hati... Tido pun tak menentu, asyik terjaga tengok dia..

Pagi nih tinggalkan Aiman dengan ayahnya. Malas nak tinggalkan dengan pengasuh (ops..ada kisah jugak pengasuh nih, i will story morry later..). Jadinya hati sepanjang hari teringatkan depa. Macamanalah kat rumah agaknya..

Lagipun, sesaja nak tinggalkan dengan ayahnyer.. Bila lagi nak ambik peluang ayah jaga kan anak.. ye dak? hehhehe..

14 December 2009

Bila adik nak pergi kerja

Comments
Semalam selepas semua anak2 makan dan bersantai, saya melayan fb sambil2 membuat kerja rumah... camno tu ek..hahaha... Sebenarnya bukakan fishville untuk Amir yang suka dengan ikan tu.

Aiman masih mencari2 kerja untuk dibuat. Mula2 keluarkan kabel dari beg ayah. Pastu saya ambil dan simpankan. Lepas tu, saya tinggalkan dia dengan beg ayahnya. entah apa yang di kelebek, saya biarkan saja.

Tiba2 ayahnya memanggil.. Ila, cepat tengok anak ni..

Rupanya Aiman dengan sehabis daya tengah tarik beg kerja ayah..








Adik nak pegi kerja lah mak..


















ops..senyum dulu..

























beratlah beg ayah nih...















dah tak larat.. adik pijak jerlah..














anak yang bertuah.. sememangnya dia bertuah...

29 October 2009

Aiman disuntik..

Comments
Semalam, mengikut jadual Aiman disuntik. Maka,emaknya dengan gigihnya memohon keluar pejabat dan balik ambik Aiman.

Pukul 3 sampai klinik. Owh, dalam proses pengubahsuaian. So,ubah parking, Gedebuk,gedebak dah sengah jam. Masuk klinik.

Timbang dah 8.9kg. Naik 800gram dalam masa sebulan. owh..sihat anak mak.. Then g bahagian check baby. Nih aku mula tak puas hati..

Nama nurse tu N*r *dila. Aku memang duk mark nurse nih dari 1st check kat klinik, masa lepas bersalin Aiman ritu lagi. Servis out nak mampus! Janji nak mai check kat rumah pun tak sampai2. Pastu suka marah patient. Marah benda2 yang tak logik. Macam ngan dia tu doktor. Geram! ok..back to topic...

Biasanya nurse akan tanya, baby sihat ke. Dah boleh buat apa. Minum susu apa. Dah makan apa. Tu semua bagi aku biasalah. Standard klinik kerajaan, tak check baby pun, tengok ngan mata kasar ja. Pastu tulis kat kad berjela2. Aku tak kisah sangat. Tapi nurse ni cuma tanya, baby minum susu apa. tu jer soalannya. pastu hulur ubat demam jer. Dan bagitau next month mai makan ubat cacing. Kut nak bagitau hari nih kena cucuk ke..Hampeh!

Yang aku paling geram. Nurse cipan tu tanya aku, dah buat ujian PAP SMEAR? Aku jawab belum (lupa maa..dah buat sebelum bersalin Aiman ritu). Dia mula marah2. Bila nak buat? Bila last period? Aku pun g tau.. Ha, eloklah tu.. nak tunggu bila lagi. Dalam hati aku.. Wajib ke ujian nih? Kalau wajib pun, suka hatilah aku punya badan. Ko ape sibuk..Geram! geram! Macam nih ke perkhidmatan yang dibagi? Dahlah berkait ngan pesakit. Huh!

Pas selesai dia terus hulur kad dan aku terus bangun. Malas nak ucap terima kasih. Lantak engko ler.. Nak terima kasih camana kalau dah marah2 aku. Takkan terima kasih sebab marah kat aku kot?

Pergi kat bilik suntik tu, kejap jer Aiman menangis, keluar bilik terus ok.. Anak mak nih kuat nih.. ehehehe..

18 October 2009

Aiman setahun..

Comments
Hari ini, jam 4.45 petang, pada tahun 2008, lahirlah seorang putera rupawan dengan dengan berat 3.55kg dan memperolehi markah 9/10 nilai apgar hasil ujian pertamanya.

Dan hari ini Aiman telah genap setahun. Alhamdulillah..

Segala susah senang telah diharungi untuk membesarkan anak ini sendiri. Anak emak yang tidak susah untuk dijaga dan diasuh. Bijak dan nakal..

Setahun, apa yang Aiman dah boleh buat..

Anak emak dah pandai berjalan.
Anak emak dah pandai angkat handphone dan letak kat kepala..hahaha..
Anak emak dah pandai gaduh ngan abangnya.
Anak emak dah pandai rindukan ayahnya.
Anak emak dah pandai tutup radio kereta.
Anak emak dah pandai mengusik kami semua..

Semoga Aiman terus sihat, gembira, bijaksana, mendengar kata, ceria, berjaya dan menjadi anak yang soleh serta menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya...Amin..

08 October 2009

Belum berputus asa..

Comments
Sejak 1 Oktober sehingga hari ini susu sudah terlalu berkurang. Stok tinggal lagi 2aun. Dimana silap aku, di mana salahnya aku? Tolonglah Ya Allah..tidak sanggup rasanya menghentikan penyusuan ini di kala Aiman baru hendak mencecah setahun...

Bantulah aku...

01 October 2009

Sama tak?

Comments
Selalu aku katakan rupa Aiman dan Amir masa kecik2 tak serupa. Tapi tengah godek2 dalam arkib aku..tetiba jumpa gambo depa yang sama sebijon..pandangan mata empat aku nilah..







nih Amir ngan ayah masa raya. umo dia setahun lebih..



















nih Aiman ngan Pak Ngah dia masa raya bebaru nih..













cer tengok..sama ke idak?

pstt..jangan tanya depa ikut muka sapa. tak pernah tgk gambaq ayahnya masa kecik2 tapi rasanya ikut muka mak depa kot. mak depa comey woo masa kecik2 dulu..hahaha!

Untuk Pertama Kalinya..

Comments
Anak sudah 2 tapi ni baru kali pertama anak saya dimasukkan ke dalam pertandingan comel2 nih.. (perasan comel ke anakku ini? hahaha)

Sesapa yang tersesat ke sini leh join ini contest... check it out.. http://sweetcutiepie.wordpress.com/

My participate (betoi dak eja nih?)




Assalamua'laikum..

Ini adalah gambar anak kedua saya. bla..bla..bla..(uih..mana boleh bg tau..rahsiala..nanti ada yang copy plak..hahaha)

Sekian..

Name: bla..bla..
Address: bla..bla..
Phone No: 019-sem sam pek nga..bla..bla..
Child’s Name: MUHAMMAD AIMAN HAKIM BIN BAHARUDDIN
Age: 11 BULAN
Blog’s url or item(s) you’ve bought: http://hitamputih78.blogspot.com


Terima kasih.
Sekian entry setakat ini... Kapla sakit maa..dah 2 cawan kopi masuk dalam ini peyut...

23 August 2009

Aiman new face!

Comments
Balik dari kerja terus amik Aiman khamis last week, muka dah nampak lain. Why? Rambut dah dipotong oleh pengasuhnya. Taklah lawa sangat tapi oklah. Habis semua yang panjang2 tu. Nampaklah kejantanannya...





Encem tak?



19 August 2009

Susu Ibu..

Comments
Setiap pagi aku bekalkan susu aku untuk Aiman minum di Nursery dia. Sebelum daftar dulu, aku dah maklum dengan pengurus nursery ni yang anak aku minum susu ibu dengan harapan depa akan gali ilmu-ilmu dalam menghandle susu ibu ni.

1st day hantar..semua ok..Aiman pun minum habis susu dia. Aku bekalkan 4 botol (12oz). Semua berlalu dengan lancar. End of the month, Aiman mula kurang minum susu. Bekalkan 4 botol, habis 3 botol ja. Aku assume sebab dia makan banyak. Pengasuh kat nursery pun bagitau dia makan banyak. Then, sejak minggu tu aku dah bekalkan 3 botol tapi kekadang habis 2 botol, kekaang habis 3. Yang lebih aku biarkan saja di nursery tanpa aku ambik tau cara depa simpan. Aku assume dah mai dalam keadaan cair, depa tak bekukan kot.

Awal Ogos, ada 1 minggu tu, aku hantar 3 botol, esoknya aku cuti dan sebotol ada lebih. Masa depa bagi balik, susu tu dalam keadaan beku. Mujurlah aku bekalkan susu fresh dekat Aiman. Jadi kalau dibekukan tiada masalah tapi aku tetap risau, nanti kalau aku bekalkan susu yang dah dicairkan, macamana? Aku mula berazam untuk buat pamplete nak bagi kat nursery.

Lagi satu peristiwa.. aku g ambik Aiman awal daripada biasa. Pukul 4 lebih. Pengasuh dia bagi balik 1 botol susu yang lebih tapi dah direndam. Aku pegang botol.. Panas macam air panas lepas 5 minit mendidih (agak2 ja). Huh! Aku nak suap Aiman pun tak sampai hati. Macamanalah baby nak minum panas macam ni. Aku mula cuak (susu 3oz tu aku buang ja..cedihnya.. bukan senang woo nak dapat 3 oz tu. ibu2 yang memerah susu je tau camana susah payah nak dapat susu ni). Tak boleh jadi. Takkan aku pulak nak buat kursus pengendalian susu ibu ni? Weekend tu aku buat pamplete. Bagi hari kerja minggu depannya (Aku letak dalam bakul ja, malas nak cakap banyak).

Balik dari kerja, aku tenguk pamplete tu dah diambil. Moga depa sama-sama share info tu. 2 botol susu yang aku bekal habis. Esoknya aku bekalkan 3 botol. Masa nak lepas Aiman tu aku bgtau, kalau susu tak habis, tak bekukan pun takpa. Pengasuh yang seorang ni (dia je ada masa tu) jawab, "tak biasa dengan susu badan ni." tiada senyum. tapi aku buat muka poyo jer. dalam hati"tak biasa kena belajarlah. hari ni anak aku esok2 anak orang lain pulak". Dimulut aku diam saja, walaupun sesekali terlintas nak tukar pengasuh yang dekat dengan rumah, sebab dia galakkan aku susu ibu. So tentu dia tahu nak handle.

Tapi memikirkan pro and con aku biarkan dulu. Aku tak nak cuti time cuti sekolah itu sebab aku hantar ke nursery. Kalau hantar kat jiran aku ni, time cuti sekolah tentu dia pun nak balik kampung.. hmm..entahlah. Tengok perkembangan Aiman camana nanti...

27 May 2009

Aiman selsema

Comments
Si kecik selsema pulak..Semalam bawak g klinik. Masa makan malam kat kedai, aku siap suapkan ubat.

Semalaman tido sekejap-sekejap jer. Lepas ayah dia sapukan Vicks barulah dia lelap. Tapi dah pukul 3 pagi...Huhuhu.. berapa jam nak tido nih..

Tersedar pagi tadi dah pukul 6. Entah berapa kali jam hphone aku dah terjerit-jerit. Mujur aku tersedar. Ayah dia dah terlelap kat sofa.

Tengah masak bubur nasi kat Aiman, si Abang dah bangun. Baru 6.15 pagi. Dia dah tak nak tido, terus suruh dia mandi. Dan semuanya settle sebaik pukul 7...

Tapi aku tetap sampai opis tepat 8 pagi...Adeh! Bilalah attitude nih boleh diubah...

03 March 2009

Tercipta Untukku..

Comments


Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Mengambil seluruh ragaku
Kuingin kau tahu
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..

Dedicated to my Aiman Hakim

14 November 2008

My New Baby Boy...

Comments
18 Oktober yang indah, jam 4.43 ptg aku berjaya melahirkan seorang bayi lelaki. Alhamdulillah..syukur yang teramat atas kurniaanNya. Walaupun dalam hati mengharap baby girl tapi rezeki yang diberiNya aku sangat bersyukur setelah 4 tahun menanti..

Inilah rupa anakku...





Selepas sehari menghirup udara di bumi... (Masih admit ward).













Selepas 6 hari. Kat rumah atok dia..














Selepas 17 hari. Masa nih masih ada kuning. Kena rujuk pakar di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers