14 October 2009

Sunyi..

Tiba-tiba hati terasa sunyi. Sayu pilu menggebu2 di jiwa. Kenapa ya? Perubahan hormonkah? Serasa nak duduk di tepi pantai sambil memandang matahari yang akan bersembunyi..

Owh..aku rindu. Pada siapa? Aku tidak tahu.

Selalunya, dulu2 kalau begini aku akan jumpa mak aku dan renung muka dia tanpa kata. Dan resah itu akan menghilang dengan sendirinya.

Atau aku akan mengadu kepadaNya sehingga mengalir air mata. Teresak2 dalam memohon petunjukNya.

Sememangnya aku rindu... Mungkin hangat pelukanmu akan mampu mengubati aku.. Tunggu ya sayang..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker