10 December 2009

Exam PTK dan azam hujung tahun..

Owh.. sudah 10 hari di bulan penghujung 2009. Dah tak lama nak menjejak ke 2010. Sangat pantas masa berlalu. Amir dan Aiman semakin membesar dan makin bijak. Amir yang semakin memahami dan Aiman yang dalam proses belajar tentang sekelilingnya. Semoga terus bijak dan soleh..

Next week exam PTK yang menggerunkan. Bersediakah aku? Harap2 rezekiku murah. Aku akan cuba bersedia sebaiknya... Doakan kejayaan aku ya kawan2. Sebab peluang utk aku menjejak pangkat sangat jauh. Maklumlah berada di pusat seperti aku, sangatlah nipis umpama kulit bawang untuk merasa kenaikan pangkat kanan. Sebagaimana kulit bawang, tersalah pijak, koyak rabaklah ia.. Cukuplah dapat merasa kanaikan P setiap bulan, walaupun tak semewah kenaikan pangkat. Apapun Alhamdulillah, rezeki hanya Dia menentukan. Yang penting mohon.. Jangan eksen!

Hujung tahun sebelum berakhir 2009, ada lagi 1 hari cuti masih tergantung. Bilalah nak dihabiskan? Lagi, sempena hujung tahun, nak cari duit banyak2. Apa saja offer income walau seciput aku akan usahakan. Owh..dari mana income itu. Jangan fikir bukan2 ya.. Saya jalankan part time perbaiki komputer. Kira murah2 saja dengan kawan2. Sekadar tampung pendaftaran tadika Amir.. Dan jual barang2 CNI sikit2.. Tidak sehebat suami saya, adalah untung sikit2.. Apapun, alhamdulillah..

Saya masih selsema. Kadang2 rasa teruk tetapi dah baik dari sebelum ini. Dah baru 2 kali telan ubat.. Macamana nak baik kan? Hikhik.. Bukan malas makan ubat tapi malas nak tidur sebab bila makan ubat selsema mesti ngantuk..

Sekian entry takde pekdah saya.. babai..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers