10 December 2009

Kerja, Tanggungjawab dan Akhirat

Isk..5 kali dah alter ayat nak mula entry kali nih..

Aku bukanlah hamba Allah yang telah ditetapkan kedudukan selepas mati nanti di syurga, malah aku bukanlah insan yang telah di confirm banyak pahala. Malah perkara wajib pun tunggang langggang, yang dituntut pun belum semua terbuat, inikan pula yang sunat.

Tahukah kalian bahawa segala tanggungjawab kita didunia akan disoal di akhirat kelak? Tahukah kalian bahawa kerja kita sehari2 juga akan disoal? Apa kita buat, terlaksanakah amanah dan tanggungjawab yang diberi? Aku takut soalan2 sebegini nanti tidak mampu aku jawab sebab aku bukan orang yang sangat baik. Juga bukan insan yang cukup amalan pahala untuk dibawa ke sana. Cukuplah sekadar apa yang ada dengan aku ini. Maka aku perlu melaksanakan tanggungjawab aku...

Maafkan aku teman, andai tanggungjawab aku mengganggu tugasan peribadimu. Aku sesungguhnya takut terkelu bila disoal di akhirat kelak.

Kadang2 kita rasakan seolah kita di musuhi orang sebab tidak dapat berbuat sesuatu tetapi hakikat sebenar dia menjalankan tanggungjawabnya. Tanggungjawab yang akan disoal kelak.

Nasihat aku, jika terasa hendak berpoya2 dengan talian internet, carilah jalur lebar milik peribadi. Lebih berkat hidup kita. Hakikatnya di ibu pejabat sana juga tidak sebebas kita. Juga kerana kawalan trafik memerlukan tindakan tersebut.

Semakin hari, kita semakin dewasa. Jadi dewasakan diri anda, kita bukan digajikan untuk berpoya dengan kemudahan yang diberi. Juga siapkan tugas hakiki dahulu sebelum memulakan poyaan anda..

Saya tidak khaskan entry ini untuk membalas entry sesiapa, sekadar untuk membuka mata sesetengah insan yang kadang2 tersasar pemahamannya.

Owh..lagi satu, walaupun saya menjalankan tanggungjawab saya, saya masih boleh publish entry ini dengan talian dibawah tanggungjawab saya. Jadi cuba2lah.. ada caranya. Saya tidak akan memblok individu tertentu kerana selain individu tersebut masih ramai beraktiviti yang sama. Saya tidak suka bermusuh..Jangan risau, tiada faedahnya untuk memblok talian seseorang individu sahaja.

Sekali lagi nasihat akhir..buatlah kerja sampai siap, lepas itu berpoya2lah. Jika tidak segan bertanya, saya sedia membantu anda mencapai talian poyaan walaupun diblok. Tetapi jika melampaui batas, hingga ke lubang cacing terpaksa saya kambus...

Okes..Good Luck dan semoga memahami..

melalut betul dah nih..hahaha...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers