16 December 2009

Jiwang..

Ahahaha..Okeh..

Ada orang letak link blog aku dengan perkataan "jiwang" kat belakang namaku. Owh.. Jiwangkah aku? atau terbalik kot..? Ada lagukah dalam blog aku ni? atau ada gambar teddy or love or else yang berunsur demikian? atau harus dibuat kuiz nih? hahaha..

Mungkin tak kenal betul2 ni. Sekadar menilai dari kulit buku sahaja. Tapi serasa aku, dari kulit aku pun dah cukup untuk katakan aku bukan jiwang type. hahaha..

Kenapa aku katakan aku bukan dalam kumpulan jiwang?
Aku tidak suka lagu meleleh2. Kecuali lagu tu sedap ditelinga aku. Tapi biasanya kejap ja lagu tu jadi santapan telinga aku, lepas aku dah dapat lirik dia, aku dah tak minat. Rekod paling lama lagu aku suka, Paper Cut by Linkin park.. lagu sedap, lirik menarik..

Aku suka bawak kereta laju2. Taklah selaju kereta 1.8 ke atas. Kereta aku standard 1.5 sahaja. Jadi setakat 180 tu ja paling laju pernah dibawa. Bukan bangga tapi cerita. Sebab ada orang lagi hebat sampai 240++km/j.. Jadi siapalah aku. Mungkin sebab tak selaju tu, maka aku dikategorikan jiwang? Hahaha.. Tak percaya.. Jom cuba, rekod setakat ni dari SP ke Alor Star ikut highway, 20 minit..boleh? Saman dah 16 owh..bila nak bayar nih..?

Kalau pergi kerja atau keluar rumah, setakat lipstik penghias wajah. Kekadang tu, bedak pun tak tempek. Sapa nak tengok? Bilik kerja aku ada technician saja. Waktu keluar Amir tak suka, sekalipun berlipstik.. Hahaha..Untuk apa membazir duit pakai segala bagai tu?

Pernah tengok aku buat kerja? Setakat melepek kat atas lantai tu, dah biasa sangat. Angkat CPU? Normallah.. Kalau tempat lama aku, siap tarik kabel bagai.. Kalah tech aku sekarang..Hahaha.. Masih jiwang kah aku?

Mungkin ayat2 aku dalam blog ni kut?... Nampak formal dan jiwangkah? Sebenarnya, nak berbloging nih ada etika nya. Bukan main redah hantam keromo saja. Kalau nak tau etika dia, carilah..rasanya En Google boleh tolong. Aku baca dari some blogger ja.. Contohnya Kak Kujie dan Kak Pnut. Blogger yang baik dan otai...

Lastly, aku tak marah dengan pertambahan istilah tu, tapi seeloknya jangan letak. Blog kita bukan hanya seorang dua yang membaca. Seluruh dunia maya boleh mengaksesnya. Kecuali kita letakkan password, dan hanya insan2 luarbiasa yang dibenarkan melayarinya...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers