31 January 2010

Jenayah di mana2..

Hari ini tiba2 teringat nak membuka Utusan online. Berbagai2 kisah. Saya tidak pandai mengulas tentang politik. Malah tajuk2 besar hanya menjadi bacaan sekali imbas. Tapi ada satu tajuk kecil yang menarik perhatian saya..

"Polis tahan wanita Sri Lanka cuba ragut". Betapa mencabarnya menjadi penjaga negara pada zaman ini. Semua orang tidak kira negara mana dan di negara mana mereka berada,mereka akan tetap melakukannya. Jenayah di mana2.. Merbahaya bagi semua. Sifat berhati2 harus sentiasa ada.

Bagi wanita, beg tangan paling harus dijaga. Pendapat saya, membawa wang yang sedikit dengan beg kecil yang oleh dibelit di tangan sudah mencukupi. Tidak perlu membawa beg tangan yang besar untuk dipenuhi dengan segala alatan artistik. Mungkin saya bukan insan yang suka bersolek, jadi saya tidak kisah dengan rupa wajah saya. Cukuplah sekadar hidung, mulut, mata dan segala deria terletak elok ditempatnya.

Andai memandu sendirian, ikutkan kata hati. Wanita penuh dengan naluri. Jika tidak sedap hati, masuk cepat2 ke dalam kenderaan dan kunci semua pintu dan tingkap. Beredar dengan segera dari parkir. Tidak perlu berlengah2. Keselamatan diri paling utama.

Jika rasa diekori, sekalipun dengan kenderaan, cuba tenangkan diri. Uji dulu pemandu yang mengekori itu. Perlahankan kenderaan anda, jika dia turut pelahan, cuba pula memecut. Jika dia mengikut, cuba kawal fikiran. Jangan panik. Bawa hala tuju anda ke arah balai polis terdekat. Kem tentera pun boleh juga. Tentera sentiasa ada pengawal pintu pagar, cuba laporkan di situ. Akan ada yang sudi membantu. Jika takut menguasai, hubungi keluarga apabila tiba di tempat selamat.

Untuk anak2, ibubapa harus jangan lepaskan pandangan. Biar penat mengawal dari penat jika kehilangan. Kaedah mengikat anak2 kecil yang lasak juga membantu. Biarlah orang memandang serong. Bukan dia menjaga anak kita. Bukan niat kita menjadikan anak2 seperti haiwan peliharaan. Tetapi, bila perkara tidak diingini akan terjadi, tidak perlu masa yang panjang. Dengan 2 saat terlepas pandang, anak2 sudah boleh hilang.

Buat sang lelaki juga harus berhati2.Memanglah mereka dikurniakan kekuatan yang melebihi kaum hawa. Tujuan mereka juga untuk melindungi. Tetapi di zaman ini, nyawa seolah tiada harga lagi. Tiada isteri dan anak2 yang mahu kehilangan ayah mereka. Jadi berhati2lah dalam setiap tindakan..

Jadinya, berhati2lah. Kawal emosi dan jaga peribadi..

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers