31 January 2010

Birthday Amir

Ada update terbaru, kisah "From Taiping With Love". Kisah lama yang baru diupdate..

Semalam sudah genap umur Amir 6 tahun. Tiada hadiah, hanya sambutan sederhana yang dipostponed ke hari ini. Sambut dengan kawan2 di Tadika.

Anak ini yang lahir 30 Januari, 6 tahun lalu. Sangat mudah mengandungkan dia. Sendirian membuyung ke sana sini. Jam 3 pagi berkereta ke Stesyen bas Mergong untuk mengambil ayahnya yang berkursus di Port Dickson selama 1 tahun lebih. Waktu itu, saya bekerja di Beseri, Perlis. Bayangkan dari Beseri ke Alor Setar di awal pagi dan dalam keadaan mengandung anak sulung. Tapi anak ini setia menemani. Menendang2 ketika emaknya memandu tanda dia juga berjaga menemani emaknya.

Anak yang sensitif dan penuh kelembutan. Bukan lembut Nyah! Tapi teguran padanya perlu berhemah. Mengajarnya ada cara. Bukan sergah yang menyentap jiwa.

Lahirnya sangat mudah. Walaupun hampir 3 hari emak menanti Amir keluar, tiba masanya hanya 30 minit kurang lebih segalanya selesai. Mudahkanlah jugak emak untuk mendidikmu sehingga ke akhir tanggungjawab emak ya nak..

Alhamdulillah, sehingga hari ini dia sangat mudah menerima pelajaran. Mudah dalam menghafal doa dan membuat kira2.

Sehingga semalam, berulang2 dia memberitahu,
"Amir tak mau jadi askar. Latihan dia teruk. Dahlah kerja pun teruk. Amir nak jadi arkitek"
Oh, anak emak.. Emak seusiamu dulu, arkitek pun tidak tahu nak menyebut. Mudahkanlah laluannya Ya Rahim...

Semoga cita2 Amir tercapai dan menjadi salah seorang hambaNya yang sentiasa berada di bawah payung keberkatan.. Amin..

Doa seorang ibu yang gundah memikirkan masa depan anak2nya yang ketidak tentuan dengan berbagai halangan yang menggoda iman...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker