Masih belum terlambat kan?
Hmm.. Berangan nak post dari semalam tapi letih terus tertidur. Sambung berangan sampai habis hari ini (1hb Jan 2010). Tapi tetap jadi angan2. Dengan anak2. Dengan memasak dan kerja2 di rumah hasilnya menjejak 2hb Januari baru saya diberi kesempatan. Tapi masih belum terlewatkan?
Cerita penutup 2009..
Setelah berbulan2 saya catat rekod masuk kerja awal tanpa dakwat merah akhirnya pada 31 Disember 2009, punch card saya berjaya dimerahkan oleh Pakcik guard yang jaga pintu belakang opis saya. Saya amat marah dan sedih. Dalam keciwa, saya terpaksa redha. Rezeki hujung 2009. Masa saya melintas pintu pagar belakang, jam dashboard saya 7.57 pagi tapi pintu pagar belakang sudah bertutup. Sudahnya saya punch in 8.02 minit sebab terpaksa melalui 2 traffic lite untuk ke pintu pagar utama...
Kejayaan 2009.. erm..rasa macam banyak jadi tak perlu dikongsi kot.. Mostly, perkahwinan dah menjangkau 7 tahun pada 9.9.9..ops sangat cantik nombor itew.. Menjejak hari ini, sudah berkerja dengan badan berkanun ini sudah 8 tahun. Sudah merasa P2.. alhamdulillah.. Lain2? Ermm..kes tak ingatlah tu..hehehe..
Tiada apa yang disambut untuk pembuka 2010. Hanya sayup2 terdengar bunyi bunga api dalam kantuk yang teramat.
Sebelum bercerita azam tahun ini, saya nak sentuh, ada seorang motivator berkisah tentang azam atau matlamat. Jika hendak tentukan sesuatu matlamat, tentukan dengan terperinci. Contohnya, nak simpan duit.. berapa jumlahnya? bila? bagaimana?..contoh ya.. Jadi saya perincikan azam saya tahun ini, untuk ingatan saya..
Tahun 2010, azam untuk kerjaya, saya nak jejak p3. Nak siapkan beberapa sistem, sistem data kakitangan, sistem klinik, data kontraktor dan perbaiki sistem jari. Saya juga telah perbaiki laman web dengan azam hendak mengemaskini seminggu sekali. Ada 1 bilik untuk di rangkaikan ke server. Bergantung kepada budget. Oh ya, Antivirus juga perlu dikemaskini. Lain-lain tentang kerjaya telah saya tuliskan dalam diari kerja saya.
Untuk peribadi, ada 2 pembayaran akan selesai tahun ini, kereta dan buku untuk anak. Jadinya kereta saya perlu diservis ekon dan mungkin akan bertukar warna bajunya sebelum menjelang 2011. Saya sukakan Black/Matte tapi mahukah en suami dengan pilihan saya?
Kredit to http://www.zerotohundred.com dan www.bmwblog.com
Lawo dak? Tak perlu nak kilat2. Cuma kena pikir kereta nasional saya tu sesuai ke idak ek?
Saya juga berazam nak menyimpan sebanyak RM ..... (takyah gtaulah kan). Perlukan 1 handbag dan beberapa helai baju yang agak feminin memandangkan usia sudah menghampiri 32 tahun. Saya perlu berwatak keibuan.
Saya juga berazam untuk mengupah haji untuk arwah emak. Semoga tercapai. Doakan saya ya...
Tahun ini rumah saya perlukan awning dan tirai baru. (Huh! apo kes..pindah dari 2006, 2010 baru nak buat tirai..) Budget..budget..yang penting tak berhutang..
Semoga segala azam saya tercapai..
myLot User Profile