Hari ini, 19 Oktober 2010, setelah 8 bulan 3 hari, saya mengemaskini kembali blog saya.
Saya memohon ribuan ampun kepada pengikut2 (follower) blog saya selama kesenyapan saya sekian lama. Maafkan saya. So, apa alasan saya? Sibuk? Ya..saya agak sibuk tp bukanlah sepanjang masa peninggalan saya.. Tiada idea? Ya.. juga salah satu penyebab utama.. Namun yang paling pasti.. encik BukuMuka telah mengambil alih masa saya dengan banyaknya.. saya diasyikkan dengan game2 online dan keseronokan di BukuMuka sehinggakan saya selalu terlupa kewujudan blog kesayangan saya ini..
Sehinggalah suatu ketika..saya merasakan BukuMuka bukanlah persekitaran yang sangat saya gemarkan. Saya mula merasakan apa yang saya luahkan di statusnya tidak menepati kehendak semasa. Saya mula merasakan, ini bukanlah apa yang saya inginkan.. Biarlah saya luahkan disini..di blog kesayangan saya ini. Lebih penuh warna warni untuk saya dan tidak perlu mengharapkan reply kawan2 saya. Saya boleh membina ruang saya sendiri tanpa sempadan dan gangguan di samping kawan2 blog yang saya ketahui dan juga tidak..
Setelah sekian lama menyepi..kini saya menghitung hari. Menanti2 datangnya bulan Januari untuk kehadiran seorang lagi insan dalam keluarga kami. Perut semakin memboyot.. Makcik seronok nak.. nak dapat baby lagi.. teringin juga nak merasa cuti bersalin 90 hari tp jiwa kata jangan ambil risiko.. entahlah, perlu pertimbangan teliti.
Oh ya..saya juga dalam proses pembaikan blog ini supaya lebih santai dan menggunakan sebuah lagi blog supaya dapat kita semua berkongsi ilmu..
Jika diizinNya..selepas ini saya akan selalu disini..