21 October 2010

Thalassaemia @ talasemia

Info ini sekadar untuk dikongsi memandangkan masih ramai antara kita belum tahu tentang penyakit ini.

Secara ringkasnya penyakit ini berkaitan dengan darah. Kecacatan gen menyebabkan pesakit tidak dapat menghasilkan hemoglobin(hb) yang mencukupi. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.

Kebiasaannya pesakit ini mempunyai paras hb lebih rendah dari 10g/dl. Namun mereka mampu melawan penyakit Malaria.

Apabila berkahwin, pasangan talasemia biasanya boleh mewariskan penyait ini kepada anaknya. Tanda-tanda awal seperti kelesuan, pucat, hilang selera makan dan bahagian abdomen tertentu mula membengkak akan kelihatan terhadap pesakit. Langkah awal adalah pemindahan darah namun pemindahan yang tealalu kerap akan memberi kesan negatif iaitu pengumpulan ferum. Lebihan ferum ini boleh menyebabkan kerosakan hati, penkreas dan jantung. Kini suntikan ubat Desferrioxamine boleh menyingkirkan lebihan ferum ini.

Ujian saringan adalah jalan terbaik sebelum sesebuah perkahwinan bagi mengetahui tahap penyakit ini.

Apapun, bertawakal dan berdoa.. Setiap dugaan ada hikmah yang tersembunyi..

Untuk lebih lanjut, lawati:

1.http://en.wikipedia.org/wiki/Thalassemia
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Talasemia
3.http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/talasemia.htm

p/s: Seorang rakan Bukumuka bertanya pada statusnya akan soalan tentang penyakit ini. Semoga dia dan bakal pasangan hidupnya dilindungi olehNya..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers