25 November 2010

Kisah..

Amir semakin membesar.. serasa banyak lagi yang belum sempat di ajar kepadanya.. Banyak lagi perkara semasa yang ingin ditunjukkan.. Tahun depan dah melangkah ke Darjah 1.. Belajarlah sayang.. Bukan sekadar apa yang guru2 bakal ajarkan tetapi belajarlah juga dari sekeliling mu, perhatikan dan fikirkan. Harapan emak agar apa yang emak dan ayah telah berikan bermanfaat bagimu dalam apa jua cara. Jika tidak sempurna.. maafkan kami nak, cubalah sempurnakannya apabila berkesempatan kelak..

Bila merenung anak ini, serasa cepatnya masa berlalu.Masih terkenang2 saat mudahnya melahirkan dia. Membiru masa dilahirkan, dan dengan kehendakNya segalanya kembali sempurna..

Aiman sudah pandai bertanya itu dan ini. Hilang salah seorang kami dimatanya, akan ditanya kemana.. Ayah na (ayah mana?). Mak na? Abang na? Petah sungguh bercakap. Tak terjawab terkadangnya bila dah berkali soalan sama diulang. Anak kecil ini faham apa dikatakan padanya. Jadi anak yang baik, yang soleh, yang erjaya didunia dan akhirat ye nak..

Hujung bulan Nov ada exam PTK menanti. Sedang mencuba untuk tumpukan perhatian. Nak lulus aras 4.. Doakan saya.. Memang tahun depan dimansuh, tapi saya sendiri kabur apa pula pengganti penilaian kakitangan awam nanti. Manalah tahu rezeki penghujung PTK sebelum dimansuh akan lebih murah..

Kandungan dah capai 7 bulan.. Semuanya baik2 belaka. Kali ni macam2 pula nak dimakan tapi yang syoknya nak makan dari air tangan sendiri. Sayangnya, serimuka saya tidak menjadi. Segala ilmu dah digali tapi ada saja cacatnya. Rasanya saya perlu menuntut dengan kakak saya..buat depan dia..hahaha.. Dah 3 kali rosak, saya kecewa. Kesimpulan sendiri, saya ada ilmu tersembunyi, pantang buat serimuka..hahaha.. (Jangan percaya!)

Ini dah 2/3 hari lapaq tapai..semalam ada kawan yang prihatin bagi 4 biji..alhamdulillah. belum sempat nak rasa. Masih sejuk di dalam peti.. Pagi tadi cari pulak en ragi.. tangan gatai nak try buat. harap2 menjadi.. kedai semalam yang tiada tapai, hari nih jual banyak..saya sambar 5 set.. hahaha..

Diam2 rupanya saya bersedara dengan pemain bola sepak kedah Mohd Fazliata Taib. Ayahnya bapak sedara saya, jadinya kami sepupu lah.. Sebenarnya baru tahu, masa nak balik dari Perak, kakak sms bagi tahu Pak Long Taib (ayahnya si Fazliata) panggil makan kenduri. Sayangnya dibuat hari senin.. maka tak dapek la nak pooiii.. Isterinya yang kiut miut boleh dilihat disini (Makcik maleh nak curik gambo dia..)klik..

Mengandung kali ini ada debar yang selalu menggetarkan dada. entahlah.. Tak dapat nak di kisahkan rasanya. Doa saya lewat solat, semoga urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar dan mudah. Tolong doakan saya ye kawan2..

Dah banyak bab saya sentuh..oklah kenkawan..ada peluang nanti saya bercerita lagi..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers