06 November 2010

Pagi yang indah dan MLM

Erm..Assalamua'laikum dan Selamat pagi..

Bangun awal hari ni sebab nak siapkan kerja pejabat yang perlu disubmit selepas cuti..Macam tak cuti jugaklah..But it's ok.. terisi jugak kekosongan ditinggalkan en Suami sejak semalam. Dah nak masuk 24 jam dia kerja.. Dapat tanggungjawab baru lepas dimurahkan rezeki olehNya untuk naik pangkat..Alhamdulillah..

Sekadar nak bercerita tentang MLM.. Ape ke hei nyer nih..pepagi nak cerita pasai MLM ni..hahaha.. Dah bangun awal macam tulah.. Orang lain baru nak mulakan pagi..saya dah berjam2 mengecap pagi..

Saya terbaca tentang penemuan biz si AC Mizal ni yang dikatakan menipu di sini, aididmuaddib.blogspot.com. Apa saya nak katakan? Saya menyokong usaha En Aidid.Satu usaha suci yang patut diberi pujian... Memang secara logik akal pun kita tak patut menerima apa yang didakwa oleh AC Mizal. Kononnya pakai gelang boleh baik penyakit.. Ada ka logiknya? Cuba pikiaq mai..

Tapi yang tak berapa sedap tu tang komen2 pembacanya.. Terus kutuk MLM.. Hmm.. sebenarnya MLM ni luas dan banyak.. saya tidak pakar tapi saya menaip setakat yang saya tahu dan ambil tahu. Paling mudah kita selalu jumpa Avon dan Cosway. Itu yang kita boleh nampak kedainya. Depa ni juga konsep MLM. Jual sekian-sekian..Dapat sekian-sekian. Saya juga join MLM tapi saya usaha..Bukan goyang kaki makan duit atas kerja orang.

Kecuali MLM yang hampeh..ada gak yang jenis gelap..contoh..erm..takyah la bagi contoh kan..sendiri mau guna otak maa.. masuk RM 10K dalam akaun, goyang kaki..lagi 6 bulan dapat RM 20K. Itu bukan MLM yang sebenar..itu menjahanam..tapi iyolah..sapo tak mahu kayo? tapi gunalah otak..pikir sikit..camana nak dapat untung sampai macam tu..mai mana duit untung tu..halal ka haram ka?

Secara positifnya MLM ni satu cara untuk membantu orang-orang yang tidak mampu berniaga. Tapi sebelum mula, harus fikir kemampuan kita. Tiada hasil tanpa usaha. MLM yang saya join tak perlu modal besar.. kami bermula dengan RM50 saja. Jual barang, untung sikit2.. lama-lama jadi bukit. Saya taklah kata saya kaya dengan MLM tapi income tambahan seratus dua, sapa nak saja-saja huloq? Lainlah kalau muka ko tu cap ayam..huloq tangan kat market (bahasa orang kampung saya, market tu pasaq).. Tapi bagi saya, dengan MLM kita boleh membina kerjaya dan boleh kaya.. betul..asalkan usaha..

OK lah cukuplah merapu setakat tu.. Nak p cari roti canai sat..Anak sulong dah bangun.. Jumpa lagi..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers