26 December 2010

Suatu masa dulu..

Hrmm..korang pernah tak lawan kayuh basikal masa zaman kanak-kanak rebina dolu2? Saya juga pernah tetapi zaman saya penuh dengan larangan arwah emak. Emak sangat jarang membenarkan kami (saya dan kakak yang berselang 3 tahun dengan saya) bermain2 sesuka hati. Jadinya, kami sangat jarang kelihatan berkeliaran di sekeliling kampung. Biasanya emak hanya benarkan kami bermain berdekatan dengan rumah sahaja. Akhirnya larangan itu menjadi kelaziman bagi kami. Jadinya, kawan saya hanya kakak saya dan kawan kakak saya hanyalah saya..hahaha..

Kisah sebenarnya.. saya rindu nak berlumba di highway dengan en hubby..owh..apakah? Saya juga nakal. Bukanlah baik tahap dewata raya..hahaha.. Teringat suatu awal pagi..masa tu jam dah melewati jarum 12 tengahmalam. En hubby bawak kereta comelnya dan saya dengan kereta sayalah.. Kami berlumba masa balik dari kampung di Perlis. Masuk ja tol Alor Setar..kami mula menekan minyak.. owh..very the.. Seronok walaupun paras adrenaline naik turun dengan lajunya.. siap buat zig zag dengan en hubby... sekali en hubby terus pecut..saya pun ikutlah memecut sebab tengok pecutnya semacam ja..rupanya dia nampak lampu biru kelip2 kat belakang nnuuuunnnn... hahaha.. gelak sampai ke rumah..tau jugak takut..

Kenangan..kenangan..so sweet bila dikenang.. kalaulah dapat diulang suatu hari nanti... tapi janganlah ikut perlakuan kami itu. Sebab gila-gila tu datang masa tiada langsung kenderaan di atas highway.. jangan ikut tau...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers