21 December 2010

Sg Petani ke Pulau Pangkor umpama Kangar ke Alor Setar..

Balik kampung, umpama mimpi.. Bertolak dari rumah jam 12.23 tengahari lebih kurang, sampai Taiping dalam jam 2.30 petang. Sesat bangat segala bagai, jumpa adik dalam pukul 3 lebih dan bertolak balik ke Manjung dalam jam 4 petang. Sampai Manjung dalam jam 5, rehat kejap,minum dan makan kepok. Bertolak ke Pulau Pangkor lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai Lumut, ayahnya parking.. tunggu punya tunggu dapat bot jam 6.20. Sampai pulau jam 6.50, lepak kejap, mandi dan makan. Siap nak balik, naik bot last pukul 8.30 malam. En Hubby drive dari Jeti Lumut ke Changkat Jering. Mak buyong ambil alih sampai ke Sungai Petani. Sampai rumah jam 12.35 pagi..Lega.. Gilakah kami? Kata Hj Zainal kat En Hubby..ko buat macam Sg Petani ke Sg Lalang je.. ehehehe...

Nampaknya saki baki gila stereng kami masih ada. Dulu zaman masih bujang (belum ada anak/anak duduk dengan toknya), kami selalu pergi Penang jam 12 tengahmalam. Balik sampai rumah dalam jam 4.30 pagi. Masuk kerja jam 8 pagi..ahahaha.. So sweet... Kalau diingatkan balik memang kerja gila..Tapi itulah antara kegilaan kami yang akan tetap kami kenang sampai ke tua..Insyaallah..

Hasilnya..saya memang berada pada tahap gaban punya mengantuk. Satu kerja pun tak terbuat. Berusaha jugak mengesah data staf dengan pc yang slow tahap anak kura-kura. Itu ja yang saya mampu buat hari ini. Ampun ya bos..esok saya cover balik kerja saya..


Waktu rehat sejam yang diperuntukkan hari ini, saya berurusan dengan Bank Simpanan Nasional Cawangan Amanjaya Sungai Petani. Sebagaimana diketahui, bank jenama inilah antara servis yang boleh diletakkan di ranking terbawah.

Kaunter ada 6, yang dibuka cuma 3. Saya mula menunggu lebih kurang dari jam 1.15.tghari. Dari pandangan kaca mata saya, 1 kaunter, makcik tengah bukak akaun, buat buku dan segala bagai..oklah..dah tentu lambat. Kaunter 5, mulanya berjalan lancar. 4 nombor pertama saya menunggu, bergerak laju. Lega sikit hati saya. Bukan apa, takut tak sempat dalam masa sejam. Kaunter 6 juga sentiasa bergerak nombornya. Jadinya walau no giliran saya 1551, masa saya masuk no giliran 1440. Jadinya tidaklah lama, pada firasat sayalah..

Sampai jam 1.18 tengahari, pakcik baju kemeja hijau dapat no di kaunter 5. (Ingatan ya, 1 kaunter tengah buat buku akaun). Entah apa urusan pakcik baju hijau tu, sembang, sembang dan sembang.. Warga emas di belakang saya dah merungut. sembang apa tak tau... Kakak baju biru di ruang menunggu pulak asyik tengok jam. Saya nak ja bangun dan tegur. Jadinya sekarang hanya 1 kaunter yang bergerak. Kaunter 6. Sampailah jam di dalam kaunter bank menunjukkan pukul 1.32 tengahari, barulah pakcik yang berpakaian ala-ala orang kerja pejabat tu berlalu. Dah habis cerita hal kenduri hari khamis, segala anak pinak semua..baru dia gerak. Leganya hati..

Lain kali ya pakcik..nak sembang ngan orang kampung ka..ngan orang setaman ka..mai lain pukul 4. masa tu dia boleh sembanglah kot lama-lama sebab dah nak balik. Bila duk sembang waktu orang lain nak buat kerja ni tak patutlah. sembang 4 hari 4 malam pun takkan habis... fikir orang lain sama..semua orang ada urusan.. Samalah ngan akak jaga kaunter tu, cuba-cubalah elak sembang lama-lama.. Apa awak buat kat kaunter melambangkan seluruh bank..

Sekian luahan perasaan mak buyong yang terpaksa tunggu lama untuk sekadar bertanya baki kad kredit yang hanya memerlukan 2 minit urusan di kaunter...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers