Saya terjah masuk blog sendiri hari ini, 16 Jan 2011. Pengikut saya sudah 15 orang.. Syukur.. Sejak entry pertama pada 29 Mei 2008 sehingga hari ini pengikut saya ada 15 orang.. Eleh..15 orang pun ko nak bangge ke Jah? Ya..saya bangga sebab saya bukan pengejar trafik yang mahukan beribu-ribu pengikut mengikuti kisah saya (tapi kalau suatu hari nanti berlaku keajaipan, saya bersyukur). Saya bukan artis jauh sekali berhubungan dengan sebarang selebriti.. Blog saya hanya blog marhaen.. blog insan-insan biasa yang suka bercerita..Malah saya rasa tidak sekalipun lagi saya membuat sebarang pertandingan. Bukan apa, tanggungjawab sekitar menyebabkan saya takut saya terlupa tentang pertandingan yang saya buat. Mungkin jika ada peluang nanti akan saya anjurkan juga. Apapun terima kasih semua sebab sudi menjadi pengikut saya..
Saya terfikir tentang statistik membaca di kalangan rakyat Malaysia hari ini. Bukan apa, adalah suatu hari berbual-bual dengan rakan sekerja, terbandinglah antara statistik membaca dengan statistik pemilikan akaun Facebook di kalangan rakyat Malaysia.
Rata yang membandingkan tidak secara adil. Sumber digunakan hanya dari perpustakaan dan tidak dibuat secara meluas. Buktinya dari sini : Utusan dan Institut terjemahan negara Malaysia.
Saya kira dalam setahun saya membeli melebihi 10 buah buku dan sekurang-kurangnya 50 buah majalah bukan hiburan. Jadi kenapa rakyat Malaysia dikatakan masih tidak minat membaca?
Tidak adil juga jika hanya melihat pada saya kan?
Meh kita tengok total pengguna facebook di Malaysia. Saya rujuk dari facebakers. Pengguna Malaysia sudah hampiri 10 juta dan berada di tangga ke 16 berbanding dunia. tanda aras yang baik bukan?
Cuba kita pandang dari sudut positif. Betapa rakyat Malaysia hari ini tidak lagi memerlukan kertas untuk berkongsi dan membaca. duduk saja depan komputer, segala keperluan didepan mata. Dari mencari ilmu sehinggalah membeli keperluan semasa. Semuanya dapat dilakukan dengan hujung jari sahaja.
Jadi mengapa kita hanya terima statistik yang mengatakan rakyat Malaysia tidak minat membaca dengan hanya melihat di stesyen-stesyen bas, tempat-tempat awam dan di perpustakaan?
Tepuk dada tanya selera, pandang di timur, kita nampak matahari naik, pandang di barat, kita nampak matahari akan terbenam...
psst.. saya tidak suka majalah hiburan.. buang duit saja membelinya..