Saya selalu menceceh bila jadi penumpang di sebelah En hubby. Tunjuk jalan macam En hubby masih berlesen 'P'. Dah jadi tabiat agaknya. Ataupun sebab apabila kami asyik berbual, selalu En hubby akan salah jalan sebab bagi tumpuan pada perbualan kami. Hehe..
Tapikan..sekarang saya kurang dah tunjukkan jalan, cuma selalu bagi amaran..
"Bang lubang bang.."
Banyak betul lubang kat jalanraya sekarang. Kenkawan perasan tak? Kalau jalan tu 2 lorong sekalipun, salah satunya mesti berlubang-lubang. Satu lagi bertampal-tampal. Kenapalah agaknya ya?
Adakah kenderaan berat sekarang dah makin berat? Atau kualiti jalan kita semakin rendah? Atau tuan-tuan penting di kawasan kita menggunakan penyerap hentak (absorber) yang maha hebat maka bila kenderaan mewah mereka meredah lubang, tidak terasa akan kesannya?
Sudah lebih 5 kali rim kereta saya di perbaiki. Dari kes senget hinggalah tahap ICU (pecah seperti kena toreh). Bayangkan besi rim boleh pecah macam kena toreh.. Belanja usah cerita, mujurlah saya di kawasan yang masih logik tahap belanja hariannya. Pandai-pandailah nak mencari kedai Ah Seng yang murah..
psst.. "Wa bagi lu mulah-mulah saja. Biaq wa lugi sikit, takpa. Olang mau mai selalu, nanti wa untung jugak maa.." kata taukeh Kedai Ah Seng.
Tips: Kalau nak perbaiki rim di kawasan Sungai Petani, jangan cari kat area pekan. Carilah di kawasan yang agak jauh. Lebih jauh lebih murah. Contohnya Gurun atau Tikam Batu.