Saya selalu tertanya2 pengurusan masa orang lain. Adakah saya tersilap susun atau memang masa sentiasa mencemburui saya?
Cuti saya hanya bersisa seminggu sahaja lagi. Sepanjang cuti, hidup saya bermula seawal 5.30 pagi. Siapkan anak ke sekolah, sediakan sarapan untuknya, pakaikan baju, tali leher, tali pinggang dan kasut. Selesai urusan anak sekolah lebih kurang jam 6 setengah. Bersihkan diri, kadang2 basuh baju dan beronline sambil mengepam susu serta bersarapan.
Jam 7 siapkan anak tengah ke rumah pengasuh. Siap sidai baju, pukul 8 saya dah keluar rumah, hantar anak ke rumah pengasuh. Singgah beli makanan, pukul 9 lebih saya sampai ke rumah kembali.
Rehat kejap, basuh baju dalam mesin basuh, susukan Aliya, mandikan dia, tidurkan Aliya, jam dah 11 lebih.. Cepat betul masa..
Saya sendirian di rumah, jadi saya jarang masak makan tengahari. Tapi saya siapkan bahan masak untuk makan malam awal2.
2 hari sekali saya 'iron' baju sekolah amir. Kasutnya sepasang dibasuh 2 hari sekali dan sepasang lagi 3 hari sekali. Sebelum pukul 1, saya dah kutip pakaian yang disidai. Susukan Aliya bila perlu dan masa saya sentiasa penuh.
Kadangkala hari saya berakhir jam 1 atau 2 pagi, selain jam 12 tghmalam. Itupun selepas menyental baju sekolah Amir penuh dengan peta dunia.
Saya sebenarnya hairan dengan kakak2 yang berhampiran dengan rumah saya. Masa mereka kelihatannya cukup panjang sehingga pagi petang ada masa untuk melepak. Saya biasanya hanya mengangkat tangan atau tersenyum sahaja sambil melintasi kakak2 ni. Hati mesti ligat tertanya2 bagaimana pengurusan masa mereka?
Kawan2 bagaimana?