Saya merupakan orang Melayu.. Walaupun sebelah mak campuran Siam dan Indonesia, sebelah ayah campuran Siam. Saya tetap Melayu. Sebab saya lahir di Malaysia @ Tanah Melayu (panggilan suatu masa dahulu).
Huh! Intro..kuikuikui..
Sebenarnya saya nih antara Melayu yang sensitif. Saya sangat sensitif bila ada orang Melayu yang suka salahkan orang Melayu sendiri. Kenapa ya kalau yang negatif ja mesti orang Melayu? Malah yang mengatakan dan menyalahkan juga orang Melayu? Pendek kata kenapa orang Melayu suka menyalahkan orang Melayu.
Nak bagi mudah saya bagi contoh..
Si A orang Melayu : Eh..Mat Dengki tu dengki betul kat aku. Ada ka dia bagitau bos aku keluar tak bagitau pengurusan.
Si B orang Melayu : Mat tu memang. Perangai Melayu jati..macam tulah. Dengki tak habis2. Tu bg tau bos tu nak kipas lah tu. Takdak lainlah orang Melayu nih..kipas..kipas..
Kenkawan nampak tak yang si A dan B tu memang tengah menyalahkan orang Melayu. Sedangkan depa pun orang Melayu.
Kenapa kita sesama Melayu tak boleh tolong menolong? Berhentilah menyalahkan orang Melayu kerana kita hidup dalam rumpun yang berbagai bangsa. Bagaimana perangai orang Melayu, samalah dengan bangsa lain.Kenapa saya kata sama? Sebab kita semua manusia. Kita semua anak Adam dan Hawa. Syaitan dah berjanji nak rosakkan anak Adam sampai kiamat. Ada syaitan janji orang Melayu? taklah..dia kata anak Adam..
Jadilah mehler orang-orang Kampung Berjambul sekelian. Meh kita ubah persepsi negatif sesama Melayu nih. Habih sangat takleh nak ubah perangai yang negatif tu, hentilah mengata kat orang Melayu; yang Melayu nih tak elok belaka. Rentikanlah!
Mohler ramai2 join teman..
Kisah sebenarnya begini.
Pagi tadi ada la dua orang encik-encik nih sembang depan gerai nasi lemak yang saya singgah. Tetiba lalu sebuah kereta bawa plastik sampah letak kat bonet je. Seorang dari Encik nih kata " Tu kalau jatuh tu, mesti tak kutip dah sampah tu"
Kawan Encik tu pulak membalas "mestilah tu, tambah pulak kalau berterabur. Sapa nak berhenti kutip?"
Encik mula tadi pulak kata"Itulah orang Melayu kalau kotor marah kat Bandaran la..orang tak cucilah. Kerajaan tak baguih la. Dah jatuh segala pampers, segala sampah salahkan orang"
Dalam hati saya..Ko tu orang bangsa ape bang? Bukan Melayu ker? Kalau jatuh sampah ko, ko kutiplah dulu, baru orang lain ikut. Cuba ko pergi tempat yang betul2 bersih sepanjang jalannya.. Kalau sampah ko jatuh sikit pun ko dah mula rasa salahkan? Huh..ni jenis suka salahkan orang Melayu nih.. Tapi saya seolah tiada kudrat nak membalas..mungkin masih ada rasa hormat saya pada Encik-encik tu.
p/s : 1-Saya pernah terjumpa orang bukan Melayu yang buang seplastik sampah terus dalam laut. Jadi.. berhenti salahkan orang Melayu.
2- Taman perumahan kawasan saya memerlukan penduduk angkut sampah dr rumah ke tong besar yang letaknya di tepi jalan utama tapi mahukan kami membayar segala cukai dengan denda yang sama seperti penduduk Malaysia yang lain. Saya rasa seperti tidak adil...
3-Saya, En Asben dan anak2 pernah berpatah balik ambik plastik sampah lain untuk masukkan sampah yang kami jatuhkan dari bonet kereta. Dengan penuh rasa bangga kami kutip sampah yang berterabur di tengah jalan dengan harapan orang lain juga akan lakukan yang sama..