Hujung minggu lepas kami balik kampung.Menjenguk ayah dan serviskan kereta dia.. Sementara menunggu servis kami meronda Kayangan Square. Minum2 kat gerai depan bazar Kangar.
Tengah sedap2 merasa Ais Kacang (orang luar Perlis panggil ABC), Aliya mula menunjukkan tanda lapar. Saya cuba memujuk.. Shian anak mak..lapar ye.. sambil otak puas diperah untuk mencari tempat strategik nak menyusukan dia. Teringat surau kat Kayangan Square.. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan anak yang besar2 dengan ayahnya..
Sambil melihat ayahnya, saya bagitau Aliya lapar. Degan selambanya ayah dia cakap
"Bagilah susu"
"Ha? Boleh ke? Kat sini?" Gerai yang kami duduk memang di tepi jalan. Malah meja yang kami duduk hanya berselang 1 meja dari laluan orang ramai.
"Ya lah. Lindung2lah sikit". Jawapan ayah membuah gembira dihati saya.
Dengan perlahan saya buka sumber makanan Aliya dan singkap sedikit baju sambil hulur ke mulut Aliya. Saya tutup kepala dia dengan tuala dan sebelah saya diduduk oleh Amir yang mampu melindung perlakuan saya. Aliya mula menyusu.
Ya Allah..Nikmatnya hanya Allah yang tahu. Gembira tidak terkata sebab saya sendiri tidak menyangka saya mampu susukan Aliya di kawasan orang ramai. Terasa hisapannya mengundang seribu rasa yang tak dapat diungkap dengan kata. (Air mata bergenang sambil menaip ni. Adeh, emo ler plak).
Yang paling saya tidak sangka, En Hubby telah meluluskan saya untuk menyusu di tempat orang ramai. Terima kasih ye dear.. Satu perkataan "Ya" mengundang rasa yang tiada taranya. Terima kasih kerana memahami.. Saya rasa tidak semua En Suami sanggup benarkan isteri menyusu anak di khalayak ramai. Jangan malu, perbuatan sebegitu tiada salahnya. Malah saya bangga..Kembang jiwa nih..hahaha..
Semasa kami bangun dari meja untuk beredar, saya perasan seorang remaja perempuan memerhatikan saya sambil tersenyum. Saya balas senyumannya sambil berkata dalam hati "Adik, dah beranak esok susukan anak dengan susu badan yer.. Jangan malu2 macam akak nih. Selamba jer susukan anak."
p/s: Saya memang suka dengan ibu2 yang bekerjaya tapi berusha keras menyusukan anak dengan susu ibu. Semoga semua ibu2 bekerja berjaya melaksanakannya.. Sebarang soalan berkaitan susu ibu sila kemukakan..saya sedia membantu sebolehmungkin..