24 March 2011

Ayah..

Ayah dilahirkan pada tahun 1940. Kalau dihitung umur ayah dah menjangkau 71 tahun. Orang lamakan?

Entah kenapa lately aku teringat sangat dekat ayah. Terfikir macam2. Kekadang teringat macam mana hidup aku tanpa ayah.

Dia bersendirian di kampung. Tidak mahu mengikut anak2 sebab nak usahakan bendang. Kami tak mampu nak memaksa sebab dia dilihat masih sihat (sihat orang tua2).Masih mampu meronda kesini sana dengan motornya. Malah seguni padi benih diangkat dibahunya seolah aku mengangkat Aliya saja lagaknya..

Ayah adalah the most coolest person in the world yang aku pernah jumpa. Kenapa? Ayah sangat susah marah. Semenjak aku besar panjang,beranak pinak aku tak pernah tengok ayah marah. Tapi sebagai anak2 kami akan tahu sendiri bila ada benda dia tak puas hati. Tindakan dan air muka ayah akan berubah dari biasa. Maka kami akan diam, tunggu ayah sejuk baru bersoal jawab.

Tapi kalau ayah dalam mode happy, kami anak beranak boleh tahu. Ayah suka menyanyi. Menyanyi untuk menghibur hati dia sambil menyiram pokok. Selalunya lagu2 lucu versi lama. Lagu2 yang mampu mengundang senyuman kami di ceruk dapur.

Aku boleh dikatakan yang agak jauh dengan ayah secara lahirnya. Hakikatnya, ayah tetap dekat dihatiku. Aku jarang berceloteh dengan ayah. Mungkin ayah masih menganggap aku anak bongsu yang masih sukar memahami. Tapi aku tak kisah. Ayah banyak bercerita dengan kakakku yang tengah. Kesusahan hati seorang ayah terhadap anak2.. itulah yang selalu diceritakan..

Ayah, kalaulah mampu aku sangat ingin kembali ke kampung berbakti kepada ayah. Tapi keadaan menolak keinginan itu. Harap peluang itu akan datang juga suatu hari nanti...

p/s: Sememangnya aku jarang bercerita tentang ayah di sini..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers