30 May 2011

Cerita Jenayah..

Suatu hari selepas Amir masuk ke dalam kereta. Dia bertanya,

"Mak, kenapa mak suka tengok cerita jenayah?"
"Cerita apa?" Saya bertanya untuk kepastian.
"Cerita jenayah. Kenapa mak suka tengok?"
"Cerita jenayah?" saya sedikit terkejut. Bilalah pulak saya tengok cerita jenayah ni?
"Alah, cerita CSI tu. Kan tu cerita jenayah?"
"Hahahaha... Tu bukan cerita jenayah Amir. Tu cerita penyiasatan. Mak suka tengok cara depa menyiasat satu2 kes tu. Dari situ kita boleh tengok bla bla bla..."

Adeh..CSI dikatakan cerita jenayah. Memang ada penjenayah dalam cerita tu tapi taklah dicerita cara nak buat jenayah.

Sejuk (Cool) kan?

Saya memang gemar tengok cerita penyiasatan seperti CSI Miami, CSI New York dan CSI. Setakat ini CSI Miami yang paling best sebab kesejukan Horatio dan team2nya yg cantik2 dan hensem2.. hahaha.. Fitnah semata. Saya suka cara depa menyiasat. Nampak hebat dan real..Ditambah pulak dengan Horatio yang sejuk, Jesse yang hensem, Delko yang macho..hahaha.. Mampuih makcik kena ketuk ngan En Asben malam nih..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers