Showing posts with label ~amir. Show all posts
Showing posts with label ~amir. Show all posts

04 August 2011

Jalan-jalan Bukit Bendera..samb..

Comments
Okeh..sambung kisah jalan-jalan Bukit Bendera.. Turun dari Bukit Bendera, kami tapau McDonald. GCB memang best!

Makan-makan dalam kereta. Aiman dah tidur. Balik naik feri. Dari jeti, kami ikut Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth. Lalu dekat dengan RnR Bagan Ajam, ternampak layang-layang Panda.

30 May 2011

Cerita Jenayah..

Comments
Suatu hari selepas Amir masuk ke dalam kereta. Dia bertanya,

"Mak, kenapa mak suka tengok cerita jenayah?"
"Cerita apa?" Saya bertanya untuk kepastian.
"Cerita jenayah. Kenapa mak suka tengok?"
"Cerita jenayah?" saya sedikit terkejut. Bilalah pulak saya tengok cerita jenayah ni?
"Alah, cerita CSI tu. Kan tu cerita jenayah?"
"Hahahaha... Tu bukan cerita jenayah Amir. Tu cerita penyiasatan. Mak suka tengok cara depa menyiasat satu2 kes tu. Dari situ kita boleh tengok bla bla bla..."

Adeh..CSI dikatakan cerita jenayah. Memang ada penjenayah dalam cerita tu tapi taklah dicerita cara nak buat jenayah.

Sejuk (Cool) kan?

Saya memang gemar tengok cerita penyiasatan seperti CSI Miami, CSI New York dan CSI. Setakat ini CSI Miami yang paling best sebab kesejukan Horatio dan team2nya yg cantik2 dan hensem2.. hahaha.. Fitnah semata. Saya suka cara depa menyiasat. Nampak hebat dan real..Ditambah pulak dengan Horatio yang sejuk, Jesse yang hensem, Delko yang macho..hahaha.. Mampuih makcik kena ketuk ngan En Asben malam nih..

24 May 2011

Mood baik..

Comments
Hero-hero saya yang berdua nih. Kalau waktu baiknya.. boleh duduk satu kerusi, diam ja..


Nih mood tengah baiklah ni. Cerita kat tv pulak best.. Elok ja duduk. Sopan pulak tu..


Boleh kongsi permainan kat taman permainan.. berkongsi tempat tidur sebelah menyebelah..


Tapi kalau dalam mood main.. MasyaAllah.. suara maknyer tu macam suara semut ja. Sepah satu rumah..


p/s : Sila abaikan peta dunia penuh sejarah kat tilam tu yer..

22 May 2011

Menu diet anak saya..

Comments
Ini adalah menu makan malam anak saya..


Ikan rebus, mushroom soup dan roti bakar, salad dan potongan epal.

Ikan rebus

2 ekor ikan
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sebatang serai (jika suka)
sedikit halia
sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya:
Masukkan ikan dan semua bahan kedalam periuk. Rebus sehingga ikan masak (lebih kurang 5 ke 7 minit). Siap untuk dihidang.


Salad
kubis
lobak merah.
mayonis rendah lemak
secubit gula

Caranya:
potong kubis nipis2. potong lobak merah kecil2 (atau memanjang). Basuh dan masukkan ke dalam 1 bekas. Masukkan mayonis sedikit demi sedikit kedalam sayur2an tadi dan gaul sebati. (Kena pandai agak yer). Masukkan gula dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.

** Mushroom soup beli yang segera jer..

p/s: Saya tak pandai menghitung berapa karbohidrat untuk hidangan ini. Yang pasti dia tak makan nasi untuk malam.

18 May 2011

Beza antara kita..

Comments
Kau dan aku..
Berbeza rupa, berbeza usia..
Kala kau menjauh..
Aku mendekat..


Kalau kau berpaling, aku tidak sudi memusing..



p/s Gambar2 ini diambil di Jeti Lumut semasa balik ke Pulau Pangkor. Berbeza tak?

22 April 2011

Nikmat KurniaanNya..

Comments

Sewaktu merenung matanya sambil dia menikmati kurniaanNya yang ada pada ibunya. Hati diruntun sayu. Jernihnya mata Aliya membuatkan saya hampir menitik airmata. Betapa ramainya ibu dan ayah yang inginkan anak dan berusaha untuk mendapatkannya... dan betapa ramainya anak-anak yang dibuang dan didera tanpa belas kasihan..


Bagaimanalah baby sekecil Aliya yang diletakkan dilongkang, di dalam semak..menangis meraung, mengharap simpati.. Sedangkan manusia dewasa juga takutkan binatang seperti anjing, inikan pula baby yang langsung tiada daya. Manakala si ibu berlalu tanpa rasa.. dimana hati lembut seorang ibu? Apakah yang mendorong mereka menjadi sekeras besi setelah melalui saat getir melahirkan seorang anak?


Membesarlah sayang dengan tiap titis air susu ibumu. Nikmatilah kurniaanNya sementara masih mampu. Ibu akan sedaya upaya membesarkan kalian dengan kasih sayang..

p/s Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk saya merasai nikmatnya melahir, menyusu dan membesarkan anak-anak walaupun apa yang telah saya lakukan selama ini tidaklah setimpal dengan apa yng kau telah berikan...Alhamdulillah..

10 January 2011

Minggu sakit..

Comments
Si emak semalam kena cirit birit dan si anak sulong sejak minggu lepas kena chicken pox.

Maka bercutilah si emak sehingga esok. Anak? Dah diberitahu minggu depan baru dia nak masuk sekolah. Malu diejek kenkawan. Ikut sukalah sayang. Kelas pun belum betul2 mula belajar lagi.

Si ayah pun dah mula merungut-rungut rasa seram-seram sejuk macam nak demam. Janganlah dijangkit virus chicken pox tu.. Si ayah dah pernah kena, si adik jer belum. Maknya? entah.. Arwah mak saya lupa saya dah pernah kena ke belum..

Kisah kawan tikam kawan dah selalu kita dengar. Kali ini kami pula terasa bahangnya. Bisnes kecil2 yang kami kenalkan kepada seorang kawan telah dipancung habis-habisan. Saya tahu remuknya hati en hubby. Tapi dia tetap sejuk (cool). Balasan Allah tetap ada. Kami masih menanti penghujung kisah ini.

Psst..Lupakah bahawa manusia dipegang pada janjinya? Atau mereka sanggup menjadi lembu yang perlu dipegang talinya?

03 January 2011

Bermula langkah pertama 2011

Comments
Hari pertama Amir memulakan persekolahan. Sejak semalam emaknya tak tahu nak masukkan buku apa ke dalam beg. Langsung tidak dimaklumkan. Jadinya emaknya masukkan saja buku-buku yang difikirkan logik..

Mujurlah ayahnya bercuti, menunggu Amir sehingga jam 10 lebih. Sampaikan laporan kepada emak yang menanti dengan debar. Bermacam cerita. Dari kes masuk tandas sehingga membeli di kantin. Amir tidak pernah diajar membeli barang sebelum ini. Dia sangat jarang mengikut kami ke kedai. Kata ayahnya, dia agak lambat dalam hal membeli. Takpelah..belajar lagi..lepas nih pandailah tu..

Apa yang saya perhatikan buku teks sekarang tidak lagi seperti zaman saya dahulu. Iyalah zaman dah berubah. Nampaknya semakin menipis dan lebih banyak latihan. Malah buku latihan harian pun dah macam buku aktiviti, dan bukan lagi sama macam buku tulis saya dulu.

Semoga guru-guru juga turut bersemangat untuk mendidik anak bangsa agar terus berkualiti untuk masa depan negara..

27 December 2010

Pertama kali ber'dating' dengan pasangan baru..

Comments
14 Dis 2010...

Lamanya saya simpan kisah ni.. Pertama kali kami berjanji temu selepas saya berkahwin.

Sejak pagi saya telah ingatkan pasangan saya, nanti saya akan ambil dia dalam jam 10.30 pagi. Kita ber'dating' ya. Seronoknya pasangan saya tidak terkira kerana pertama kali nak bertemu janji tanpa gangguan orang lain.

Habiskan masa separuh hari, dari klinik ke pasaraya membeli keperluan semasa. Kemudian bersambung makan tengahari bersama. Seperti pasangan baru bertemu lagaknya..

Semasa hendak menghantar si 'dia', saya sempat bertanya. "Seronok tak hari ni?"
Jawapan pasangan saya " Seronoklah mak. Bukan selalu dapat jalan-jalan sambil makan ngan mak. Ni pertama kali Amir keluar berdua ngan mak saja. Nanti kita keluar lagi ya.."

Terpancar keceriaan di wajahnya. Terharu mendengar jawapannya. Anak ini makin matang. Semakin banyak belajar dengan persekitarannya.. Semoga dia terus berjaya..

psstt.. Pertama kali saya keluar berdua sahaja dengan Amir. Semenjak dia ada adik saya tidak berpeluang berjanji temu begini.. Seronok bagi si anak..berganda seronoknya bagi si emak..:))

31 January 2010

Birthday Amir

Comments
Ada update terbaru, kisah "From Taiping With Love". Kisah lama yang baru diupdate..

Semalam sudah genap umur Amir 6 tahun. Tiada hadiah, hanya sambutan sederhana yang dipostponed ke hari ini. Sambut dengan kawan2 di Tadika.

Anak ini yang lahir 30 Januari, 6 tahun lalu. Sangat mudah mengandungkan dia. Sendirian membuyung ke sana sini. Jam 3 pagi berkereta ke Stesyen bas Mergong untuk mengambil ayahnya yang berkursus di Port Dickson selama 1 tahun lebih. Waktu itu, saya bekerja di Beseri, Perlis. Bayangkan dari Beseri ke Alor Setar di awal pagi dan dalam keadaan mengandung anak sulung. Tapi anak ini setia menemani. Menendang2 ketika emaknya memandu tanda dia juga berjaga menemani emaknya.

Anak yang sensitif dan penuh kelembutan. Bukan lembut Nyah! Tapi teguran padanya perlu berhemah. Mengajarnya ada cara. Bukan sergah yang menyentap jiwa.

Lahirnya sangat mudah. Walaupun hampir 3 hari emak menanti Amir keluar, tiba masanya hanya 30 minit kurang lebih segalanya selesai. Mudahkanlah jugak emak untuk mendidikmu sehingga ke akhir tanggungjawab emak ya nak..

Alhamdulillah, sehingga hari ini dia sangat mudah menerima pelajaran. Mudah dalam menghafal doa dan membuat kira2.

Sehingga semalam, berulang2 dia memberitahu,
"Amir tak mau jadi askar. Latihan dia teruk. Dahlah kerja pun teruk. Amir nak jadi arkitek"
Oh, anak emak.. Emak seusiamu dulu, arkitek pun tidak tahu nak menyebut. Mudahkanlah laluannya Ya Rahim...

Semoga cita2 Amir tercapai dan menjadi salah seorang hambaNya yang sentiasa berada di bawah payung keberkatan.. Amin..

Doa seorang ibu yang gundah memikirkan masa depan anak2nya yang ketidak tentuan dengan berbagai halangan yang menggoda iman...

01 October 2009

Sama tak?

Comments
Selalu aku katakan rupa Aiman dan Amir masa kecik2 tak serupa. Tapi tengah godek2 dalam arkib aku..tetiba jumpa gambo depa yang sama sebijon..pandangan mata empat aku nilah..







nih Amir ngan ayah masa raya. umo dia setahun lebih..



















nih Aiman ngan Pak Ngah dia masa raya bebaru nih..













cer tengok..sama ke idak?

pstt..jangan tanya depa ikut muka sapa. tak pernah tgk gambaq ayahnya masa kecik2 tapi rasanya ikut muka mak depa kot. mak depa comey woo masa kecik2 dulu..hahaha!

09 September 2009

Anak Kuda

Comments
Siapa tidak pernah dengar lagu Suasana Hari Raya Anuar dan Elina. Rasanya kanak2 umur 3 tahun pun dah boleh hafal lagu ini dalam version diaorang.

Teringat Amir nyanyikan lagu nih masa dia kecil2 dulu. Nih lirik yang diubah oleh Amir..

Suasana Di Hari Raya

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak kuda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak kuda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

Bayangkan dengan suaranya yang nyaring dan penuh yakin nyanyikan lagu nih. Aku mesti terbahak-bahak bila dengar dia nyanyikan. Bukan aku tak betulkan tapi dia akan kata salahlah mak.. muda tu apa. Lepas tu dia akan nyanyi balik ikut lirik dia.

Tahun lepas masa nak balik beraya aku dah donlod lagu nih untuk dipasang dalam kereta. Maka berduetlah kami berdua dalam kereta sepanjang perjalanan. Entah berapa kali kami ulang lagu ni sehinggalah sampai depan rumah tokwannya di Perlis. Bayang 2 jam perjalanan yang penuh dengan nyanyian sumbing kami..Hahaha..Layan aje lah anak ooiii...

23 August 2009

Amir 1st day puasa..

Comments
Pergh..so penat nak layan masa dah pukul 6sengah tu .. Dia punya meagam. Macam2 alasan dia bagi nak bukak puasa. Kalau masa pukul 12 ke 1 ke aku tak kisah. Ini dah pukul 6 sengah. Kesian tengok dia. Tapi nak buat macamana, sayang puasa yang dah dekat sangat nak berbuka tu. Sayangnyer...

Dah dipujuk2..mau jugak dia bertahan. Tapi puaslah nak layan rajuk dia. Muka usah dikata. Hensem ya amat. Tembok berlin pun hensem sikit la...

Dah lepas berbuka..macam bertih jagung dia ajak sembang. Kejap2 mak, jap lagi mak, pastu mak lagi.. Adeh! Panggillah ayah pulak.. Ayah..ayah..ayah..dah 3 kali..mak..mak..dan mak lagi..Layan jer lah..



Inilah rupanya masa tdo petang tu. Ingat legalah sikit dia tido. Ayahnye plak kejut suh mandi dah pukul 6 sengah. Adeh!


Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers