22 May 2011

Hutang..

Kalaulah saya tidak tejebak dengan hutang peribadi dengan agensi kewangan. Apa saya akan buat sekarang ya?

Bila membelek2 slip gaji. Sesaja gatal tangan mengira jika tidak berhutang. Tentu leganya perasaan akan berganda2.

Kalaulah saya tidak berhutang, entah2 saya sudah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Menunggu anak membesar di depan mata..

Nikmatnya memasang angan...


Hutang itu dibuat beberapa tahun kebelakang. Terdesak pada tahun2 penuh susah. Malu dan malas bercampur2 menjadikan saya tidak meminta dari ayah. Jika tahun2 itu adalah sekarang, tentu saya beratus kali menimbang untuk berhutang.



Menyesal kemudian tidak berguna. Hitung saja tahun2 berlalu sehingga habis..

p/s: Saya masih menyimpan kedua2 duit di atas. Korang ada tak?

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker