22 May 2011

Menu diet anak saya..

Ini adalah menu makan malam anak saya..


Ikan rebus, mushroom soup dan roti bakar, salad dan potongan epal.

Ikan rebus

2 ekor ikan
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sebatang serai (jika suka)
sedikit halia
sedikit serbuk lada hitam

Cara-caranya:
Masukkan ikan dan semua bahan kedalam periuk. Rebus sehingga ikan masak (lebih kurang 5 ke 7 minit). Siap untuk dihidang.


Salad
kubis
lobak merah.
mayonis rendah lemak
secubit gula

Caranya:
potong kubis nipis2. potong lobak merah kecil2 (atau memanjang). Basuh dan masukkan ke dalam 1 bekas. Masukkan mayonis sedikit demi sedikit kedalam sayur2an tadi dan gaul sebati. (Kena pandai agak yer). Masukkan gula dan gaul sebati. Siap untuk dihidang.

** Mushroom soup beli yang segera jer..

p/s: Saya tak pandai menghitung berapa karbohidrat untuk hidangan ini. Yang pasti dia tak makan nasi untuk malam.

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker