23 May 2011

S.U.S.U..

Genap sudah 2 minggu bekerja..

Alhamdulillah..sehingga hari ini, saya masih bekalkan Aliya dengan susu ibu. Harap2 ianya berterusan sehingga ...? Bila yer? Rasa macam sampai 2 tahun lebih.. Biarlah Aliya minum susu ibu sampai betul2 kuat.. Membesar bagai johan ye nak..

Hasil perahan 22 Mei 2011


Setiap hari saya bekalkan 12oz susu yang dibahagikan kepada 4 bekas. Jadinya 1 bekas ada 3oz. Dan Aliya hanya mampu habiskan 9oz, itupun 3oz terakhir selalu berbaki.

Perahan harian saya mampu mencecah 15oz sehari. Saya boleh simpan untuk stok 6oz. Malam saya tidak serajin orang lain, bangun untuk memerah. Saya biarkan Aliya bergayut dengan saya sehingga pagi. Kadang tak lama mana pun gayutnya, dia dah tidur ternganga.. Hujung minggu juga saya tidak mengepam. Dengan 2 hero dan 1 heroin rasanya tak mampu saya mengepam. Masa pun bagai cukup2 untuk saya mengemas, memasak dan melayan anak2.

Hasil perahan 6 Mac 2011

Dengan kehendakNya, rezeki Aliya bertambah2. Stok dah memenuhi peti ais. Saya mencuba sebaiknya supaya stok beku bergerak. Takut expired..rugi rasanya.. Malah kalau peti sejuk saya dibuka, botol2 comel Aliya yang terlebih dahulu menyapa mata. Sekarang Aliya dah ada 25 botol susu yang tentunya BPA free..

Semoga saya dan ibu2 yang bekerja berjaya menyusukan anak dengan susu ibu. Doakan kami ya..

Stok EBM pada 6 Mac 2011


p/s : Beruntungnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Susu ibu adalah yang terbaik...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker