27 June 2011

U Virus Pergi Jauh-jauh

Lappy saya dah sihat walaupun masih dlm proses mengembalikan semangat dalaman. Iyelah selepas puas diserang, di block, dipindah milik segala.. haruslah kena dimotivasikan balik supaya kekuatan dalaman kembali ke asal.

Muhasabah diri sejak lappy kena serang. Rupanya antivirus cap payung tak cukup kuat. Makcik nih kedekut sikit bab2 nak beli Antivirus original nih. Bukan apa, tak tahan nk bayaq lesen tiap2 tahun.

Dulu pernah dah pakai AVG free. Tp bila lappy berat tahap gajah kenyang terus buang. Sekarang dah masukkan balik dan nampaknya tetap berat tahap gajah kenyang juga. Bila bukak banyak2 tingkap terus jammed.. adeh! tahan jelah sebab dah phobia dengan serangan malware.

Lecehnya AVG ni eksen sikit. Tak berkawan ngan orang. Kalau tengok ja ada AV lain terus takleh nak install. Dulu2 saya masukkan 2 AV sekaligus dalam lappy. Rasa macam secure lah sikit..

Setakat nih yang saya nampak AV yang ok sikit Symantec (cap mouse kuning). Tapi ada ke yang freeware? Duk cari tak pernah pulak jumpa. Ke sama jer ngan Norton?

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers