Showing posts with label ~virus. Show all posts
Showing posts with label ~virus. Show all posts

27 June 2011

U Virus Pergi Jauh-jauh

Comments
Lappy saya dah sihat walaupun masih dlm proses mengembalikan semangat dalaman. Iyelah selepas puas diserang, di block, dipindah milik segala.. haruslah kena dimotivasikan balik supaya kekuatan dalaman kembali ke asal.

Muhasabah diri sejak lappy kena serang. Rupanya antivirus cap payung tak cukup kuat. Makcik nih kedekut sikit bab2 nak beli Antivirus original nih. Bukan apa, tak tahan nk bayaq lesen tiap2 tahun.

Dulu pernah dah pakai AVG free. Tp bila lappy berat tahap gajah kenyang terus buang. Sekarang dah masukkan balik dan nampaknya tetap berat tahap gajah kenyang juga. Bila bukak banyak2 tingkap terus jammed.. adeh! tahan jelah sebab dah phobia dengan serangan malware.

Lecehnya AVG ni eksen sikit. Tak berkawan ngan orang. Kalau tengok ja ada AV lain terus takleh nak install. Dulu2 saya masukkan 2 AV sekaligus dalam lappy. Rasa macam secure lah sikit..

Setakat nih yang saya nampak AV yang ok sikit Symantec (cap mouse kuning). Tapi ada ke yang freeware? Duk cari tak pernah pulak jumpa. Ke sama jer ngan Norton?

22 June 2011

Demam virus..

Comments
Kali ni my lappy pulak demam kena virus. Sedap2 duk melayan internet tetiba off semua firefox terus keluar warning antivirus 2011. siap ngan System Security segala bagai. Nak masuk cprompt ka apa segala..semua tak boleh..duk warning antivirus tulah.. benci..benci..



malas tul nak format2 nih.. renyah. rasa macam baru ja format..malahan tahun lepas. nak dapat balik macam asal tu bercinta woo.. bila tak lengkap rasa tak sempurna nak guna..tak best!

nih last try.. mujur dah buat 2 partition. tengah copy masuk 1 partition, nanti format 1 ja. pastu cuci virus tu..

harap2 berjaya..

17 August 2009

Balik Kampung

Comments
Sebenarnya cerita balik kampung nih dah 2 hari terlepas. Kami balik on Khamis last week. Sebenarnya bukan cerita balik kampung yang aku nak story mory sangat kat sini tapi kisah mask dan H1N1 yang lebih nak cerita.

Kampung mertua ku nih nun di seberang laut Perak. Korang boleh teka pulau mana.. Hehehe! Dah tentu Pulau ni agak glemer lah.. Ada gak Mat ngan Minah Saleh yang melancong ke sini.

Cerita tentang mask ni. Masa aku sampai kat jeti..ada jugak 4 ke 5 orang yang ber'mask' nih. Tengok macam bukan penduduk sini. Mungkin kakitangan syarikat atau staf government yang berkursus di pulau kot. Masuk jer ke dalam bot, hanya family aku jer yang ber'mask'. Wah2..kuat sungguh antibodi mereka. Semua tertoleh2 tengok aku ngan family ber'mask'. Even Aiman yang 9 bulan tu pun aku bubuh jugak mask ke dia. Mujur dia mahu gak pakai.

Aku tak faham dengan masyarakat di sini, khususnya dan Malaysia, amnya. Tidak takutkah mereka dengan virus yang merebak melalui udara ini? Atau singkatkah pengetahuan mereka sehingga mereka tidak kisah untuk menanggung kesakitan yang tidak dapat diceritakan ini? Atau mereka hanya redha andai terkena virus ini? Bak kata kawan en asben yang kerja kat jeti dan sudah tentu tidak memakai mask "Nak mati kat mana pun mati".

Huh! Dah cukup ke amal ibadat yang nak mati tu? Dah kompom masuk syurga ke? Ingat tak kena tanya ke esok2 kenapa tak cuba elak? Dah cukup ke bekalan nak tinggal kat family? Tak pikir ke kalau sakit sampai tahap kritikal tu akan menyusahkan isteri, anak-anak dan keluarga lain? Ceteknya pemikiran orang Melayu! Aku pun orang Melayu naa.. Tapi aku pikir, nak malu apa pakai mask..muka aku tetap macam tu..Kalau rasa hodoh (sebenarnya aku bangga, ada gak ala2 doktor gitu..kahkahkah! Kalau tak sebab H1N1, tak merasa pakai mask), yang nak sakit aku ke orang lain. Biar orang lain sakit asal aku dan keluarga aku sihat..

Kesimpulan yang aku buat, kebanyakan orang yang tak pakai ni mungkin tak cukup pengetahuan depa. Depa ingat virus tu mai besaq2 kumbang tanduk tu kut. Buleh nampak sebatu.. Huh!

Ops..nak tengok Aiman dan Amir pakai mask? Nanti aku upload gambar. Tenet opis aku slow..Tunggu TM perbaik line streamyx ni..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers