10 July 2011

Mood ngantuk..



Masyaallah..mengantuk tahap tak boleh blah (ayat orang2 muda). Tak dapat nak tahan dah mata ni. 3 hari berjaga sehingga 3 pagi. Bukan buat apa pun. Tapi tak boleh tidur.



Saya telah terima hadiah2 dari GA Catatan Dari Dengkil. Sibuk pada minggu lepas menyebabkan saya tidak langsung berpeluang nak menyemak. Hari ni baru saya dapat celah2kan masa. Terima kasih En Azwan dan VIP Tech Marketing.

Terima kasih daun keladi..Ada lebih2 tu hulur2lah lagi..

Buat masa ini saya tengah dirasuk oleh biskut sedap dan mahal di abad ini..

Credit : Macaron

Masih menuntut sambil mencuba. Sememangnya sangat mencabar sebab kebanyakan resepi online hanya memberi yang asas. Terlalu banyak dirahsiakan dalam resepi2 online berbahasa Malaysia. Saya lebih banyak merujuk resepi dari luar. Kelihatannya lebih telus. Kenapa ya tayang resepi tapi rahsiakan ramuannya? Kesian orang2 yang betul2 nak belajar tapi tak mampu nak pergi kursus...

p/s: Rupanya masih ada lagi pengamal kisah raja dan pengasah gigi tu ye..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker