10 August 2011

Bila teknikal vs un-teknikal

Ini entry nak marah@geram kat orang...Kalau rasa terganggu sila tutup..Ops sebelum tu..Maaf ya pembaca yang telah memberi komen sekian lama. Saya terpaksa hilangkan komen2 tersebut untuk memberi laluan kepada CommentLuv. Bukan hilang terus tetapi tersembunyi. Saya masih lagi membuka komen2 lama untuk dibaca kala lapang sebab saya suka orang komen blog saya. Bagi saya CommentLuv adalah baik untuk blog, jadi lepas ni pembaca dapat klik terus kat CommentLuv untuk view post pengkomen blog saya.. Maaf dan terima kasih..

Ok sambung balik tajuk di atas..



Sukarnya bekerja sebagai orang teknikal bila orang sekeliling tidak memahami. Ko komplen komputer ko hilang semua fail. Ok fine, pi lah check..
"Macamana boleh hilang nih?"
"Entah, saya bukak jer terus hilang semua fail" Saya pun godek2 fail2 dia. My doc semua takdak fail.. Guna admin check user account, hampeh.. semua hilang. Check domain, masuk workgroup. Ah, sudah...
"Encik dot dot perasan tak username Encik nama apa?" saya tanya
"Tak tahu pulak"
"Ok, masa klik kat start ni nama kat sini nama apa?" sambil saya tunjuk2 kat monitor.
"Ish.tak perasan pulak. Selalu saya tak klik kat situ. Saya guna fail kat sini ja" sambil Encik dot dot tunjuk kat monitor. Owh..guna fail kat desktop ja.
"Ok lah..saya rujuk kat Technician ya. Kalau dia pun dah tak boleh buat memang fail Encik hilang.Saya pun tak dapat nak bagitau kenapa jadi begitu"
Saya pun rujuk masalah tu kat Comp Tech.

Petang..dah melepasi waktu pejabat. Saya masuk pejabat dan tengok ada 2nd boss dan kerani kewangan serta cc yang belum balik. Heran jugak, apasal depa ni?
Bukan masalah saya, malas nak ganggu, saya masuk ruang surau dan buat kerja saya. Tetiba..
"Tadi ada XXX duk godek komputer Encik dot dot, sebab tu lah kot semua fail hilang dan akaun tak boleh nak tutup"
XXX tu saya ya.. hati saya dup dap..dup dap..wah2..mengutuk tak pandang2 ni..
"Ye ke? Kenapa? Virus kot"Suara 2nd boss.
"Entah, hilang habih fail2 Encik dot dot"
Cuba korang baca elok2. Ayat2nya macam menyalahkan saya sebab godek komputer Encik dot dot yang tak tahu apa langsung itu! Sabar..sabar..puasa...

Itu satu cerita.. Macam2 cerita lagi dok ada bila jadi orang teknikal ni. Depa tak faham bahawa bila berkait dengan teknikal samalah seperti berkait dengan alat2 elektrik. Sampai masa; akan rosak, sama ada sampai ajalnya ataupun terkemalangan. Samalah macam manusia, kita merancang esok nak mai kerja, esoknya, on the way nak pi kerja, kemalangan, parah..dah tak boleh nak pi kerja..

Begitulah jugak barang2 teknikal. Hari ni elok, esok rosak. Pukul 8 semua fail elok ja bersusun, pukul 10, semua fail2 tu boleh hilang! Jadi sila backup ya.. Apa? Backup pun tak tau..Kau pi hantuk kepala kat tiang.. P lekaih!

Penat menerangkan cara pun satu hal. Depa tanya, macamana nak buat tu. Kita pun teranglah..pong pang pong pang.. satu perkataan pun tak ditulis. Aci kerat tiang gol, tak dan 3 jam, tanya pulak. Alasan..lupa lah.. Dah tau jenis makan semut tu, tulih la.. saya pun ada buku nota tau. Tulis segala hal dalam buku tu. Sekali pun hal berkaitan ngan word, excel dan yang mudah2.

Istilah2 teknikal pun satu hal.
"Tu kepala hat nak sambung internet ke komputer tu"..owh..tu cable connector (UTP connector).
Internet explorer..hat mana satu? tu yang gambaq E tu.. hish..
Kak bukak folder. Apa dia folder tu? Yang kuning macam gambaq fail tu.. Adeh!
Penatkan? Kena bagitau satu..satu.. Kalau sekali bagitau terus faham takpalah jugak. Ni hari ni bagitau, esok bagitau lagi..

Itu belum lagi hal2 online. Awat sat dapat, sat tak dapat.. Awat itu..awat ini..Terimalah hakikat. Ciptaan Allah itu Maha sempurna tetapi ciptaan manusia punya kelemahan. Sebab itu Allah bagi akal untuk fikir. Kenapa macam ni, kenapa macam tu..

Oklah.. jadi kesimpulannya.. terimalah seadanya. Kita kata komputer di pejabat aku macam siput bab* pelan nak mampuih. Cuba kita bayang orang2 di Afrika. Depa pi kerja toksah kata komputer, meja pun belum tentu ada. Jadi bersyukurlah.. tambahan bila dapat bonus setengah bulan tu.. Jadi..jom buat kerja!

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers