Showing posts with label ~lepas geram. Show all posts
Showing posts with label ~lepas geram. Show all posts

10 August 2011

Bila teknikal vs un-teknikal

Comments
Ini entry nak marah@geram kat orang...Kalau rasa terganggu sila tutup..Ops sebelum tu..Maaf ya pembaca yang telah memberi komen sekian lama. Saya terpaksa hilangkan komen2 tersebut untuk memberi laluan kepada CommentLuv. Bukan hilang terus tetapi tersembunyi. Saya masih lagi membuka komen2 lama untuk dibaca kala lapang sebab saya suka orang komen blog saya. Bagi saya CommentLuv adalah baik untuk blog, jadi lepas ni pembaca dapat klik terus kat CommentLuv untuk view post pengkomen blog saya.. Maaf dan terima kasih..

Ok sambung balik tajuk di atas..

13 July 2011

Blogger penipu!

Comments
Semalam tengah godek2 blog Tia. Terjumpalah entry blogger buat kerja tipu untuk dapat duit churp churp. Sekadar baca sebab tak pernah jumpa.

Pagi nih bila blogwalking terjumpalah blog ni.. 1st time jumpa nih. I letak header sebab geram tapi tak kose lah nak bg link..

23 April 2011

Kenapa Melayu?

Comments
Saya merupakan orang Melayu.. Walaupun sebelah mak campuran Siam dan Indonesia, sebelah ayah campuran Siam. Saya tetap Melayu. Sebab saya lahir di Malaysia @ Tanah Melayu (panggilan suatu masa dahulu).

Huh! Intro..kuikuikui..

Sebenarnya saya nih antara Melayu yang sensitif. Saya sangat sensitif bila ada orang Melayu yang suka salahkan orang Melayu sendiri. Kenapa ya kalau yang negatif ja mesti orang Melayu? Malah yang mengatakan dan menyalahkan juga orang Melayu? Pendek kata kenapa orang Melayu suka menyalahkan orang Melayu.

Nak bagi mudah saya bagi contoh..

Si A orang Melayu : Eh..Mat Dengki tu dengki betul kat aku. Ada ka dia bagitau bos aku keluar tak bagitau pengurusan.

Si B orang Melayu : Mat tu memang. Perangai Melayu jati..macam tulah. Dengki tak habis2. Tu bg tau bos tu nak kipas lah tu. Takdak lainlah orang Melayu nih..kipas..kipas..

Kenkawan nampak tak yang si A dan B tu memang tengah menyalahkan orang Melayu. Sedangkan depa pun orang Melayu.

Kenapa kita sesama Melayu tak boleh tolong menolong? Berhentilah menyalahkan orang Melayu kerana kita hidup dalam rumpun yang berbagai bangsa. Bagaimana perangai orang Melayu, samalah dengan bangsa lain.Kenapa saya kata sama? Sebab kita semua manusia. Kita semua anak Adam dan Hawa. Syaitan dah berjanji nak rosakkan anak Adam sampai kiamat. Ada syaitan janji orang Melayu? taklah..dia kata anak Adam..

Jadilah mehler orang-orang Kampung Berjambul sekelian. Meh kita ubah persepsi negatif sesama Melayu nih. Habih sangat takleh nak ubah perangai yang negatif tu, hentilah mengata kat orang Melayu; yang Melayu nih tak elok belaka. Rentikanlah!

Mohler ramai2 join teman..

Kisah sebenarnya begini.
Pagi tadi ada la dua orang encik-encik nih sembang depan gerai nasi lemak yang saya singgah. Tetiba lalu sebuah kereta bawa plastik sampah letak kat bonet je. Seorang dari Encik nih kata " Tu kalau jatuh tu, mesti tak kutip dah sampah tu"

Kawan Encik tu pulak membalas "mestilah tu, tambah pulak kalau berterabur. Sapa nak berhenti kutip?"

Encik mula tadi pulak kata"Itulah orang Melayu kalau kotor marah kat Bandaran la..orang tak cucilah. Kerajaan tak baguih la. Dah jatuh segala pampers, segala sampah salahkan orang"

Dalam hati saya..Ko tu orang bangsa ape bang? Bukan Melayu ker? Kalau jatuh sampah ko, ko kutiplah dulu, baru orang lain ikut. Cuba ko pergi tempat yang betul2 bersih sepanjang jalannya.. Kalau sampah ko jatuh sikit pun ko dah mula rasa salahkan? Huh..ni jenis suka salahkan orang Melayu nih.. Tapi saya seolah tiada kudrat nak membalas..mungkin masih ada rasa hormat saya pada Encik-encik tu.

p/s : 1-Saya pernah terjumpa orang bukan Melayu yang buang seplastik sampah terus dalam laut. Jadi.. berhenti salahkan orang Melayu.

2- Taman perumahan kawasan saya memerlukan penduduk angkut sampah dr rumah ke tong besar yang letaknya di tepi jalan utama tapi mahukan kami membayar segala cukai dengan denda yang sama seperti penduduk Malaysia yang lain. Saya rasa seperti tidak adil...

3-Saya, En Asben dan anak2 pernah berpatah balik ambik plastik sampah lain untuk masukkan sampah yang kami jatuhkan dari bonet kereta. Dengan penuh rasa bangga kami kutip sampah yang berterabur di tengah jalan dengan harapan orang lain juga akan lakukan yang sama..

10 January 2011

Minggu sakit..

Comments
Si emak semalam kena cirit birit dan si anak sulong sejak minggu lepas kena chicken pox.

Maka bercutilah si emak sehingga esok. Anak? Dah diberitahu minggu depan baru dia nak masuk sekolah. Malu diejek kenkawan. Ikut sukalah sayang. Kelas pun belum betul2 mula belajar lagi.

Si ayah pun dah mula merungut-rungut rasa seram-seram sejuk macam nak demam. Janganlah dijangkit virus chicken pox tu.. Si ayah dah pernah kena, si adik jer belum. Maknya? entah.. Arwah mak saya lupa saya dah pernah kena ke belum..

Kisah kawan tikam kawan dah selalu kita dengar. Kali ini kami pula terasa bahangnya. Bisnes kecil2 yang kami kenalkan kepada seorang kawan telah dipancung habis-habisan. Saya tahu remuknya hati en hubby. Tapi dia tetap sejuk (cool). Balasan Allah tetap ada. Kami masih menanti penghujung kisah ini.

Psst..Lupakah bahawa manusia dipegang pada janjinya? Atau mereka sanggup menjadi lembu yang perlu dipegang talinya?

05 January 2011

Maaflah..Makcik bukan sombong..

Comments
Semalam saya ambil kesempatan ke bank selepas memohon keluar untuk ke Pajabat Pos dan Bank Rakyat. Bukan apa..alang-alang dah dapat kebenaran, saya suka selesaikan kerja saya sehingga selesai.

Dalam perjalanan, teringat pulak nak tambah angin tayar depan keta saya yang nampak sikit kurus.. Singgahlah saya ke Stesyen Petronas. Bagi signal masuk, terus menuju ke pam angin. Sebaik melintas jalan keluar, saya terperasan ada sebuah kereta meluru masuk melalui jalan keluar tu.. Oklah, saya pun perlahankan kenderaan bagilah si cik merah Gen2 pergi dulu. Terus dia masuk ke pam angin tempat saya dah mark dari awal dan memaksa saya mengelak dari dia. Reverselah makcik nih dan park senget-senget sebelah cik merah. Maka angin kus-kus mak buyong pun mula memainkan peranan. Mulut usah katalah, berbakul-bakul magic word dah keluar. Lupa diri tengah membawa baby...

Saya pun turunlah dari kereta lepas park kat sebelah cik merah, sambil jeling-jeling dan tertanya.. nak bubuh angin ka cik merah nih? Ambil getah paip angin (atau apa saja yang korang panggil) kat depan keta saya, saya pun masukkan angin ke dalam tayar (macam tak best plak ayat nih.. korang paham kan?). Rupanya pam didepan saya rosak.

Simpan getah paip tu, saya berjalan ke depan cik merah dan jeling lagi kat tuan cik merah sambil ambil paip getah depan dia. Oh..tengah telefon.. La..kalau setakat nak telefon..takyah lah park tempat orang nak buat kerja nih.. Nih ganggu orang saja. Pi lah park serata stesyen minyak yang luas tu.. Ni tak..kat situ jugaklah dia nak park.. Sakit hati betul. Sekali tengah membebel dalam hati, tuan cik merah beralih arah saya dan senyum. Comel! Tapi entahlah jin-jin dan syaitan dalam diri nih terus berbisik..jeling jer jangan balas senyum tu.. Hahahaha.. Maka sombonglah makcik buyong tu pada hari itu..

Maaflah tuan cik merah yang comel.. saya bukan sombong sebenarnya tapi geram dengan orang-orang yang kadang-kadang terlupa untuk gunakan kelebihan yang diberi Allah.. Cuba-cubalah fikir sikit..

Inilah rupa cik merah yang sempat saya snap sebelum dia berlalu dan saya follow kat belakang..


Kalau kenkawan pandai cubalah teka no platnyer.. Ada hadiah menanti.. hiks!

psstt..nanti saya buat entry nak guna Adobe Photoshop Element untuk dapat gambar ala-ala di atas..(Peringatan untuk diri sendiri nih)

21 December 2010

Sg Petani ke Pulau Pangkor umpama Kangar ke Alor Setar..

Comments
Balik kampung, umpama mimpi.. Bertolak dari rumah jam 12.23 tengahari lebih kurang, sampai Taiping dalam jam 2.30 petang. Sesat bangat segala bagai, jumpa adik dalam pukul 3 lebih dan bertolak balik ke Manjung dalam jam 4 petang. Sampai Manjung dalam jam 5, rehat kejap,minum dan makan kepok. Bertolak ke Pulau Pangkor lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai Lumut, ayahnya parking.. tunggu punya tunggu dapat bot jam 6.20. Sampai pulau jam 6.50, lepak kejap, mandi dan makan. Siap nak balik, naik bot last pukul 8.30 malam. En Hubby drive dari Jeti Lumut ke Changkat Jering. Mak buyong ambil alih sampai ke Sungai Petani. Sampai rumah jam 12.35 pagi..Lega.. Gilakah kami? Kata Hj Zainal kat En Hubby..ko buat macam Sg Petani ke Sg Lalang je.. ehehehe...

Nampaknya saki baki gila stereng kami masih ada. Dulu zaman masih bujang (belum ada anak/anak duduk dengan toknya), kami selalu pergi Penang jam 12 tengahmalam. Balik sampai rumah dalam jam 4.30 pagi. Masuk kerja jam 8 pagi..ahahaha.. So sweet... Kalau diingatkan balik memang kerja gila..Tapi itulah antara kegilaan kami yang akan tetap kami kenang sampai ke tua..Insyaallah..

Hasilnya..saya memang berada pada tahap gaban punya mengantuk. Satu kerja pun tak terbuat. Berusaha jugak mengesah data staf dengan pc yang slow tahap anak kura-kura. Itu ja yang saya mampu buat hari ini. Ampun ya bos..esok saya cover balik kerja saya..


Waktu rehat sejam yang diperuntukkan hari ini, saya berurusan dengan Bank Simpanan Nasional Cawangan Amanjaya Sungai Petani. Sebagaimana diketahui, bank jenama inilah antara servis yang boleh diletakkan di ranking terbawah.

Kaunter ada 6, yang dibuka cuma 3. Saya mula menunggu lebih kurang dari jam 1.15.tghari. Dari pandangan kaca mata saya, 1 kaunter, makcik tengah bukak akaun, buat buku dan segala bagai..oklah..dah tentu lambat. Kaunter 5, mulanya berjalan lancar. 4 nombor pertama saya menunggu, bergerak laju. Lega sikit hati saya. Bukan apa, takut tak sempat dalam masa sejam. Kaunter 6 juga sentiasa bergerak nombornya. Jadinya walau no giliran saya 1551, masa saya masuk no giliran 1440. Jadinya tidaklah lama, pada firasat sayalah..

Sampai jam 1.18 tengahari, pakcik baju kemeja hijau dapat no di kaunter 5. (Ingatan ya, 1 kaunter tengah buat buku akaun). Entah apa urusan pakcik baju hijau tu, sembang, sembang dan sembang.. Warga emas di belakang saya dah merungut. sembang apa tak tau... Kakak baju biru di ruang menunggu pulak asyik tengok jam. Saya nak ja bangun dan tegur. Jadinya sekarang hanya 1 kaunter yang bergerak. Kaunter 6. Sampailah jam di dalam kaunter bank menunjukkan pukul 1.32 tengahari, barulah pakcik yang berpakaian ala-ala orang kerja pejabat tu berlalu. Dah habis cerita hal kenduri hari khamis, segala anak pinak semua..baru dia gerak. Leganya hati..

Lain kali ya pakcik..nak sembang ngan orang kampung ka..ngan orang setaman ka..mai lain pukul 4. masa tu dia boleh sembanglah kot lama-lama sebab dah nak balik. Bila duk sembang waktu orang lain nak buat kerja ni tak patutlah. sembang 4 hari 4 malam pun takkan habis... fikir orang lain sama..semua orang ada urusan.. Samalah ngan akak jaga kaunter tu, cuba-cubalah elak sembang lama-lama.. Apa awak buat kat kaunter melambangkan seluruh bank..

Sekian luahan perasaan mak buyong yang terpaksa tunggu lama untuk sekadar bertanya baki kad kredit yang hanya memerlukan 2 minit urusan di kaunter...

29 November 2010

Laser..

Comments
Semalam ada seorang insan berhati baik belanja orang2 di bahagian pentadbiran makan KFC. Saya yang tersisih jauh di tingkat atas juga dijemput. Makanya adat saya, saya akan turun lewat, biarlah tuan rumah makan dulu, saya ambik yang baki pun tak kisah.. Kalau dah habih pun lagilah tak kisah.

Bila turun, adik-adik pun hulurlah bungkusan kepada saya, ada seketul ayam dengan sebiji roti. Adik manis nih kata ambiklah lagi kalau nak tambah. Ada lagi lebih dalam kotak. Saya buka bungkusan, bukan apa.. saya suka drumstick, so saya cari drumstick. Ada drumstick dalam kotak, saya bukak bungkusan saya, keluarkan ayam dalam bungkusan tu dan ambil drumstick dalam kotak, masuk dalam bungkusan saya. Saya tanya akak manis sebelah tu pulak.. ada sos tomato tak.. katanya sos dah habis.. ok takpalah.. tak kisah sangat..ok..end of story for semalam..

Hari ni ada satu jamuan perpisahan untuk insan baik hati yang belanja semalam. Waktu orang lain tengah makan @ ambik makanan, adalah insan bermulut sangat baik ini.. alkisahnya..

Saya tak ingat macamana boleh mula dialog ni tapi tiba2.. insan mulut baik ni keluarkan ayat dengan kuatnya, "dahlah semalam ambik ayam dua" ayat dituju kepada saya.

"Aik, mana ada, ambik satu ja, tak dak lebih pun, sama ja ngan orang lain.." saya cuba membela diri. Saya terasa sedih. Tertanya-tanya juga, apalah salah saya.. sampai keluarkan ayat macam tu sedangkan sepanjang mengandung ni saya langsung tak heran dengan ayam. Lagi cemuih alias meluat adalah tengok ayam.. Yang insan mulut baik tu pun satu, kalau ko rasa orang lain ambik lebih dari ko, ambik jelah..bagi sama. Dan kalau ko rasa saya betul ambik lebih, datanglah tengok..jangan terus tuduh..

Saya bercerita kisah sedih ini dengan seorang insan penyimpan rahsia kukuh. Ayat yang keluar dari mulut dia, "aik, KFC pun nak kisah ke.. Kan kita selalu makan waktu orang lain tak mampu nak makan.." terus saya ketawa terbahak-bahak. Riak betul kawan aku sorang nih.. Ayat saya pulak"Ha..a..lah.. Kan kita selalu dah makan ayam KFC, apalah sangat setakat seketul tu."

Maaf ya insan berhati baik, saya bukan mempermainkan belanja encik insan tetapi hati saya sedih bila dikatakan saya ambik lebih dari orang lain. kalau betul saya buat, tak apalah, ini tidak..itu yang rasa sedih tu.. dah tu, kisah ambik lebih ini akan berlarutan sampai ke telinga orang lain.. Percayalah.. So sad...

For insan mulut baik... For Your Info.. Sekalipun saya mengandung 7 bulan..saya bukanlah kemaruk nak harta orang. Kalau saya teringin sangat2, saya cari sendiri. Sebagaimana saya teringin tapai..ada saya mintak kat orang? Ada saya suruh orang belikan? Malah suami saya pun saya tak suruh carikan.. Saya pergi cari sendiri..lepas 5 hari baru saya jumpa tapai tu..malah saya beli 5 set.. Saya ulang..saya pergi cari sendiri! Okay!

Jangan sededap hati menuduh.. semak dulu betul ke apa yang terlintas dalam fikiran tu. Syaitan selalu berbisik, menggoda umat Muhammad agar berpecah belah.. Lidah adalah senjata paling tajam, jangan kerana mulut yang baik itu, badan pulak yang binasa. Fikir dulu sebelum berkata.. Bila orang dah tak suka, susah orang nak tolong kita. Hari ni memang kita boleh buat semua benda... tapi setakat ni rasanya dah banyak kali dah diminta pertolongan oleh Puan mulut baik ni.. hmmm.. masa susah nanti kita tak tahu bila..masa tulah baru insan yang dikata ni ada paling hampir untuk membantu.. Fikir dan renungkanlah..

Moral of the story.. kita semua boleh ambik iktibar.. yang penting fikir dulu sebelum berkata..

~~Ops..makcik emo nak..kena tuduh ambik ayam lebih.. ayam? uuweeeekkkk..

29 January 2010

Sekapal, SeMalaysia..

Comments
Ada orang terasa dengan entry saya yang ini....

Saya keliru. Adakah sebarang nama untuk dia menjadi pemakan cili yang terasa pedasnya? Atau istilah sekapal yang menjadi dia sangat terasa atau adakah laman sosial yang saya maksudkan sama dengan laman yang dia fahami?

Saya tidak memasukkan sebarang nama didalam entry tersebut. Malah sekapal tidak semestinya satu tempat kerja, mungkin juga rakan sejawatan saya yang berada di serata Malaysia. Ko namakan negeri mana.. ada saja rakan sejawatan dengan saya yang akan mengenali saya....

Laman sosial.. Banyak laman sosial, ko nak yang mana? Yahoo Messenger, Skype, Bearshare, Facebook, Friendster, Hi5, Tagged dan segala bagai..

Nak tahu ayat selanjutnya? Boleh tinggalkan komen..



This is encrypted: ***

~~ Maafkan saya wahai pelawat2 blog saya. Bukan niat untuk sakitkan hati kalian. Tapi saya perlu luahkan rasa hati saya sekarang. Takut memakan diri.. Ampun ya!

24 December 2009

Salah saya atau Celcom B*ng*ng?

Comments
Saya terima sms dari CELCOM pada 21 Disember 2009 jam 1.43 pagi. Nih yang en Suami selalu bising nih, pakwe manalah anto msg awal2 pagi nih....

Ayatnya "LOYALTY BONUS:TQ for being loyal to Xpax! Enjoy 65 FREE SMSes to ur 8pax until 15/12/09. More FREE SMS next mth!"

Apakah maksudnya free sms tu sehingga 15 Dis atau saya dapat free sms tu untuk bonus penggunaan talian saya sehinga 15 Dis?

Kalau betul free sms tu sehingga 15 Dis, ape ke hal yang anto gitau pun 21 Disember? Selalu sangat, gtau lepas habis tempoh promosi. Ape ke hal? Untung ja nak... Kalaulah saya nih kaya melana.. saya buka syarikat telekomunikasi yang boleh jadi pesaing hebat kepada syarikat telekomunikasi yang ada sekarang. Huh! very the verangan... Mujur mokcik tak kayo...

p/s: Saya masih kekal dengan celcom sejak 2004 sehingga hari ini. Celcom patut bagi saya free line tanpa charge bulanan selama setahun dengan no saya sekarang! Dengan Maxis saya pernah terima loyalty bonus sebegini tapi sebab Maxis tu milik An*nda Krishn*n. Saya bertukar atas sebab tak nak duit saya disalurkan ke kuil dan nak tolong 'orang kita'. Tapi 'orang kita' macam tak nak jaga sesama 'orang kita' pulak.. Huh!

03 November 2009

Down..

Comments
Saya sangat down hari ini. Letih minda. Datang kerja tanpa rasa. Kecewa..

Moga semuanya akan berubah...

29 October 2009

Aiman disuntik..

Comments
Semalam, mengikut jadual Aiman disuntik. Maka,emaknya dengan gigihnya memohon keluar pejabat dan balik ambik Aiman.

Pukul 3 sampai klinik. Owh, dalam proses pengubahsuaian. So,ubah parking, Gedebuk,gedebak dah sengah jam. Masuk klinik.

Timbang dah 8.9kg. Naik 800gram dalam masa sebulan. owh..sihat anak mak.. Then g bahagian check baby. Nih aku mula tak puas hati..

Nama nurse tu N*r *dila. Aku memang duk mark nurse nih dari 1st check kat klinik, masa lepas bersalin Aiman ritu lagi. Servis out nak mampus! Janji nak mai check kat rumah pun tak sampai2. Pastu suka marah patient. Marah benda2 yang tak logik. Macam ngan dia tu doktor. Geram! ok..back to topic...

Biasanya nurse akan tanya, baby sihat ke. Dah boleh buat apa. Minum susu apa. Dah makan apa. Tu semua bagi aku biasalah. Standard klinik kerajaan, tak check baby pun, tengok ngan mata kasar ja. Pastu tulis kat kad berjela2. Aku tak kisah sangat. Tapi nurse ni cuma tanya, baby minum susu apa. tu jer soalannya. pastu hulur ubat demam jer. Dan bagitau next month mai makan ubat cacing. Kut nak bagitau hari nih kena cucuk ke..Hampeh!

Yang aku paling geram. Nurse cipan tu tanya aku, dah buat ujian PAP SMEAR? Aku jawab belum (lupa maa..dah buat sebelum bersalin Aiman ritu). Dia mula marah2. Bila nak buat? Bila last period? Aku pun g tau.. Ha, eloklah tu.. nak tunggu bila lagi. Dalam hati aku.. Wajib ke ujian nih? Kalau wajib pun, suka hatilah aku punya badan. Ko ape sibuk..Geram! geram! Macam nih ke perkhidmatan yang dibagi? Dahlah berkait ngan pesakit. Huh!

Pas selesai dia terus hulur kad dan aku terus bangun. Malas nak ucap terima kasih. Lantak engko ler.. Nak terima kasih camana kalau dah marah2 aku. Takkan terima kasih sebab marah kat aku kot?

Pergi kat bilik suntik tu, kejap jer Aiman menangis, keluar bilik terus ok.. Anak mak nih kuat nih.. ehehehe..

07 October 2009

Terlalu bermanja..

Comments
Toet..toet.. telefon di bilik aku berbunyi.

"Hello" aku menyapa si pemanggil.
"Hakila, internet ok ke hari nih?" tanpa mengenalkan dirinya, soalan terus disampaikan.
"Internaet? Yang mana satu? Yang M### ke?"
(Kat pejabat aku ada 2 line, Streamyx dan lease line. Tapi kalau aku bagitau 2 pilihan tu, kompom tercengang)

"Line kat pejabat ni. Kat tempat akak ni tak dapat, keluar apa ntah"
"Tak dapat?" Aku ulang nada dia dengan konpius.
(Sebenarnya aku tengah track sapalah yang call aku ni.Nak tanya, segan plak. Kang dia rasa tak cukup glamer plak.)

"Ha..a.. Dia keluar the web cannot be reached. Please bla..bla.."
(La..kes proxy block jer.)

"Akak cuba masukkan alamat lain"
"Alamat lain? Jap ek" walaupun macam konpius tapi aku boleh agak dia tengah try.
"Ha.a..boleh"
Aku tak ingat dia ucap terima kasih ke tak dan terus letak phone.

Moral of the story..

Sekalipun suara anda sehebat Adibah Noor sekalipun, biasakan perkenalkan diri. Terkadang kita selsema, suara dah lain. Okeh.. Bukan susah pun..
" Hakila, nih Adibah Noor ni" contoh..

Lagi satu,kalau ada masalah berkait dengan komputer, kreatifkan diri. Kalau setakat bukak i.e, web tak dapat dicapai. Gunalah web lain. Mungkin alamat web tu kena block. Kalau bukak 1 web tu pastu tak dapatlink ke mana2 dari web tu, cuba juga guna web lain. Mungkin web tu bermasalah. Mungkin juga talian bermasalah.

Kalau tetiba datang kerja, pc takboleh on. Cuba tukar punca kuasa dia. Mungkin semalam cik Siti Kus dah buatkerja sampai rosak sumber kuasa tu.

Jangan harap orang IT datang duk sebelah, semata untuk untuk taip web address yang lain atau semasa untuk try and error tukaq soket sana sini.

Walaupun orang IT duk diam dalam bilik bukan bermakna takde keje!

01 October 2009

Aku Mencik Buat Minit...

Comments
Owh.. Ini entry takdak kaitan ngan sebarang insan na.. Ni blog aku, aku punya suka aku nak taip apa. Nak terasa? Lantakmu la deh!

Tujuan aku tulis ni bukan nak perli atau nak bagi sesapa terasa. Setiap orang ada benda yang suka dan tak suka kan? Aku juga macam tu. Salah satu aku tak suka @ mencik ialah buat kerja orang yang bukan berkait dengan aku dan buat kerja last minit.

Last Sunday, ada meeting. Aku kena amik minit. Logik dak? IT admin dari IT department kena amik minit yang langsung takdak kaitan dengan IT. Bukan aku nak eksen tapi cer bayang tengok. Basic typing pun aku tak penah amik. Inikan pulak minit mesorat. Kalau suruh buat program tu logik jugak. Bagilah orang lain. Ok dah kena, kenalah jugakkan. Aku pun buatlah minit.

Meeting 27/9, siap minit on 29/9, kira cepatlah jugak. Aku memang tak pandai buat ayat. Masa peksa SPM aku dapat 6 untuk BM. Masa study toksah citala..mana ada subjek BM. Dah cos pun IT. Math pun dalam BI. Lainlah aku amik kursus Setiausaha ka...

Tong tang tong tang aku hantaq minit untuk boss semak pada 29/9 petang. Aku memang tak pandai baca tulisan tangan orang. Lagipun aku tak biasa ngan tulisan boss lainlah kalau s/u dia atau kerani@typist yang biasa ngan tulisan dia kan. So, esok paginya 30/9 aku dapat balik yang dah semak. Banyaklah jugak yang nak kena perbaik. Ok..aku perbaik, dan hantaq sekali lagi. Petang 30/9 minit masuk bilik boss sekali lagi.

Hari Khamis..kira last working day of the week,aku dapat balik, ada 3 perkataan yang kena tukar lagi. Ades..ni dah Khamis, esok Jumaat cuti. Next week hari Ahad, mesyuarat waktu pagi. waktu mana aku nak buat salinan untuk ahli mesyuarat? Boss takdak hari ni. Nampaknya pagi Ahad tu baru nak buat salinan, nak stapler dan hantar kat ahli mesorat.Sekali lagi..aku mencik kerja last minit!!!

Aku mula rasa nak marah. Kenapa semalam lepas boss check tak terus pass dekat aku. Ingat kerja aku naik turun tangga duk check minit tu ja ka? Awat aku takdak kerja lain ka? Sakitnya jiwaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!! Tuhan saja yang tahu!

So,kesimpulan..lepas nih jangan marah kalau aku lewat masuk meeting.. Bukan kepakaran aku untuk amik minit. Lainlah berkait ngan aku. Bukan nak eksen tapi aku memang BODOH bab amik minit nih. Ada paham ka kici? Memang BODOH! okay!



p/s Sapa nak terasa sila angkat kaki. Kalau rasa kerja kita, tolong2lah. Jangan seronok pass kerja dekat orang ja, tak berkat gaji bulan2 kita makan. Kalau rasa duk rajin mengelat dengan tanggungjawab peribadi time kerja, bawak2lah balik lambat, selesaikan kerja yang tertunggak. Lantaklah orang tak nampak, Allah nampak. Rezeki dia bagi, kadang2 kita tak sangka. Tak sedekah dengan duit, sedekah guna tenaga. Tak dak rugi apa2.. Jangan asyik komplen ja. Nu takdan, ni tak sempat, habih asyik duk komplen, mana nak sempat. Dah tak kena batang idung sendiri senanglah nak taip, ya dak? Pasai dah kena banyak kali dah ni, tu yang kata. Kalau ikut kedekut, dah banyak kerja sendiri yang settle. Tapi keja ngan orang nih terima ja, tapi kadang2 dah tak boleh sgt nak buat, tolak juga...

...Wanita yang tak mau penin...

30 September 2009

Nursery oh nursery..

Comments
This morning..chewah, I send Aiman to his nursery for the last day ever..hahaha...

Why ever? By the time i arrived, one of the baby was crying outside the babies room. i took Aiman to the babies room and try to continuing his sleep before. But he managed to wake up and don't want me to lift him. So, I wait for a while. While waiting, one of the staff pick the crying baby with his hand (tergantung macam org utan bergayut) and put him in the babies room. One of the staff at the babies room had ask her why..

"Nak berdukung kata ayah dia, manja sangat. Tak maulah.." maybe she didn't see me (one of their customer parent).

"Tak mau jugaklah" the staff yang tanya sebelum nih cakap.

"Manja sangat.." and the staff that pick the babies before said and away.

In my heart ..ya allah..janganlah anak aku dibuat macam tu.

One of the staff take Aiman from me. i got to go even Aiman still crying2 manja gitu.

By the time i'm driving to office from the nursery, i wish thanks to Allah. Mulanya aku memang was2 nak tukar pengasuh Aiman. But since i saw the drama this morning.. i think, i had take the good way..

03 September 2009

Luka yang menyakitkan..

Comments
"Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang dilupakan. Menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik."

Ayat ini dipetik dari http://www.kujie2.com/sudut-hati/ada-aku-dipandang-hadap-tiada-aku-dipandang-belakang.html.

Hmm..Aku pernah memberikan yang terbaik..bekerja sendirian sampai tahap tak balik rumah sehingga matahari naik kembali. Pernah kalian dikerah begitu? Aku tidak menolak apa sahaja beban tugas yang di letakkan di atas bahuku. Segala AJK aku terima. Tapi siapa yang dilihat membuat semua itu? Oh alangkah..Bukan aku nak diiktiraf sebagai cemerlang..cukuplah jika aku tidak dilupakan. Setiap titik peluhku di sana aku akan jadikan teladan...

Dendamkah aku? Mungkin..anak degil emaklah katakan..

17 August 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang...

Comments
Aku nak cerita pasal ini anugerah yang dibuat di cawangan aku atau pun istilahnya pusat.. Pusat mana? Aku tak boleh bgtaulah..kalau ada post sebelum atau selepas ini yang berkait..korang boleh teka ya tapi aku tak bagitaukan? kekekeh..

Okeh..Sistem di pusat ini ikut giliran. Apakah giliran yang di fahamkan kepada semua itu? Maknanya...Kalau ko nak pencen ko layak dapat walaupun kerja ko sapu sampah kat koridor depan pastu ko ngulat lepas minum pukul 10pagi. Ataupun tiap2 pagi ko belikan ko punya boss yang pegang jawatan ketua jabatan atau bahagian, breakfast setiap pagi selama seminggu atau ko belanja dia makan pagi seminggu 3 kali. Pasnih ko akan dapat 3 tahun sekali ini anugerah. Aci? Itu kriteria untuk dapat.

Dan untuk tidak layak...Kalau ko cemerlang giler buat kerja sampai tunggang langgang tapi ko baru 1 tahun kerja disini ko akan dipangkah untuk dapat ini anugerah. Kalau ko buat kerja ikut "law", masuk pukul 8 balik kul 6 (off duty kul 5, o.t tuuu)tapi ko tak nak buat kerja2 sambilan cthnya jaga exam PTK, g dengar ceramah (yang semuanya tu membuang masa dan menangguhkan kerja2 hakiki) ko juga akan dipangkah untuk dapat ini anugerah. Adilkah?

Bak kata Nabil..Lu pikirlah sendiri!

"Sesuap rezeki untuk keluarga aku. Allah melihat dan moga lorong rezeki aku sentiasa dimurahkan dan dilimpahi keberkatan..Amin.."

Doa orang teraniaya sentiasa dimakbulkan...

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers