25 August 2011

Selamat Datang Syawal..

Kala ini sayu benar rasa hati. Syawal bakal menjelma bersama berlalunya waktu yang dirasakan semakin pantas meninggalkan aku. Penat usah cerita dalam mencari lebihan dari sesuap dua nasi. Tapi merungut adalah dilarang.. rezeki sentiasa datang.

Ramadhan semakin menghampiri penghujung. Nyata sekali ada debar yang beralun di dada. Hati bergundah. Bagaimanalah ayah menyambut hari raya kali ini?

Ayah sendirian lagi di pagi Syawal kali ini. Hati berat membiarkan ayah sendirian tetapi demi keadilan dan menurut kehendak suami aku menyambut Syawal di kampung dia. Bukankah kedudukan seorang isteri di samping suami? Kadangkala bisikan sayu bermain-main bersama angin, sempatkah lagi aku menyambut Syawal dengan ayah di tahun mendatang. Ampunkan aku Ya Allah, Ampunkan aku. Tidak sanggup membiarkan ayah sendirian di kampung tetapi aku harus disisi suamiku.

Ayah yang memahami, tidak pernah sekalipun merungut kala anak-anak tidak menjengah. Sejuknya hati ayah...

Maafkan adik ye ayah.. Jika diizinkanNya, kami akan pulang selepas menyambut Syawal. Moga dipermudahkanNya.

Banyak betul perubahan selepas pemergian emak. Aku tidak mampu mengubahnya. Semua anak-anak ayah sudah mempunyai tanggungjawab. Hanya akal yang matang dapat membentuknya..

Wahai hati tabahlah.. Rindunya pada emak.. Pada ketupat dakap emak, pada bahulu hasil tangan emak.. Semoga emak dilimpahi rahmatNya..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers