16 August 2011

Susu ibu adalah makanan terbaik..

Ihsan En Gugel

Kita sebenarnya terlalu disogok dengan iklan-iklan susu tepung, malu untuk menyusu di kalayak ramai dan masalah berat anak yang tidak naik2..


Tiap hari kita dengar dan lihat..susu xxx bagus untuk lindungi anak. Anak susah dapat selsema, sihat sentiasa. Susu yyy tiada gula tambahan, susu zzz dengan DHA sekian-sekian.. Betul ke? Macamana kita tahu, semua yang diiklankan itu betul? Tiada kan? Jadi paling mudah susukan dengan susu ibu.

Yelah..susu ko banyak..bolehla ko cakap macam tu.. Siapa kata? Saya juga ada masa mengalami pengurangan susu. Malah untuk mengepam, lagilah mencabar. Ada masa susu melimpah-limpah, ada masa susu sangat susut. Perlu jaga pemakanan dan air serta berbagai makanan tambahan.

Ko kaya bolehlah beli pam mahal2. Fuh! Tak tahan beb ayat nih. Kaya mende? Beli pam yang biasa, tak mahal dan tak murah. Katakan budget pam ngan botol dlm RM500. Ko beli susu tepung sepeket berapa ringgit? RM 20. Guna untuk berapa hari? 2 minggu? jadi sebulan ko budget RM40 kan. Darab dengan setahun..dah RM480. Botol, air panas, air masak..fuh..cer kira..
Keluar modal sikit untuk anak.. pam boleh simpan untuk anak-anak akan datang. Modal jangka panjang tu..

Malu ke nak menyusu anak di depan orang ramai? Iyelah..malu..soroklah sikit. Ada selendang, dak pun segala mcam sling dan baju untuk breastfeed ada jual. Belilah. Baju raya boleh beli, baju untuk susukan anak takkan takleh kot. Nak menyusu anak ni bukan nak buat salah depan orang. Yang orang lain tu kenapa pulak nak tengok2 ibu nak susukan anak di khalayak ramai. Bukan dia buat salah pun. Dia susukan anak dia yang lapar. Yang ko duk pi belek tu apehal? Pilah belek makwe pakwe yang dating bulan posa, siap pegang2 tangan tu. Barulah depa rasa pelik.. Kan?

Ni lagi 1, anak saya berat tak naik2 la. Timbang haritu naik 100gm ja. Jadi nak berapa gram? 1 kg? Sebenarnya kita terlalu takut dengan berat anak yang naik sikit. Tapi kita lupa untuk takut jika anak orang lain dah menyulur tapi anak kita baru duk belajar nak beralih. Malahan umur anak sama. So? Mana lebih penting? Anak kita sihat, cepat berkembang tapi berat tahap slow and steady atau anak kita sihat terlampau, tembam, bulat tapi nak menyulur pun malas sebab dah terlampau berat. Fikir-fikirkan..

Susulah bayi anda dengan susuibu. Ianya sangat mudah dan berbaloi. Tak perlu bangun malam dan tak perlu membancuh.

Anak kakak saya yang menyusu susuibu sehingga 2 tahun, sehingga kini sangat susah dapat selsema. Cemburunya saya. Kalaulah saya menjadi surirumah sepenuh masa dan menyusu anak saya sepenuhnya.. Huh! Kalaulah!

Iyelah..ko takde masalah. Semua elok, cantik..senanglah nak menyusu. So? Ko sakit ape? Inverted nipple? Maksud dia puting buta yer. Tak dapat keluarkan susu. Berusahalah. Contoh terbaik kita baca kat Puan Salwa ni yer. Dia berjaya. Kenapa dia boleh dan kita tak boleh?

Sehingga kini saya akan merindui saat-saat menyusu anak-anak saya. Ianya adalah satu saat yang sangat manis dan tidak dapat dibayangkan keindahannya. Cubalah, dengan tekad dan tawakal anda tentu berjaya. Percayalah!

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker