29 September 2011

Lamanya sunyi!

Blog saya sangat lama menyepi. Manalah tuan tanah ni? Dah lupa ke nak berblog?

Saya masih wujud dengan teguhnya (walaupun kadang kala tumbang kepenatan). Alasan biasa, sibuk! Sibuk dengan kehidupan yang banyak perubahan dan mood berblog seperti hilang dibawa angin. Tapi saya tetap berjalan-jalan. Merayau dari blog ke blog bila masa terluang.

Saya telah mula berbisnes kek coklat lembab. Alhamdulillah, rezeki dariNya tak pernah surut. Pesan suami dan kakak, jangan merungut nanti rezeki lari... Musim perayaan, order sangat memberansangkan. Sehingga saya terpaksa tolak sebahagian. Takut tak sempat. Saya akan update gambar-gambarnya nanti.

Anak juga telah bertukar pengasuh. Walaupun jiwa lara sekejap tapi sekarang semua dah tenang (kot). Akan ada entry khas tentang ini nanti.

Lain-lain semua masih sama. Rutin harian yang tak berubah. Anniversary kami yang ke 9 (pada 9 September lalu), tiada sambutan. Tiada hadiah. Lambat sikit ye bang. Tak sempat beli.. hehehe..

Oh ya..commentluv saya macam tak running kan? Nanti saya nak buanglah. Tapi macam sayang pulak.. Dah banyak kali timbang..

Akan ada GA yang bakal menyusul sebelum berakhir tahun ni. Taklah gempak sangat. GA yang biasa-biasa saja..Tungguuuu!!

Ok..Babai..

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker