16 October 2011

Antara duit dan kasih sayang.

Saya pernah kata nak bercerita tentang ketidakpuasan hati saya sehingga memaksa saya bertukar pengasuh pada entry ini.


 Dan inilah kisahnya..

Aku mula kenal dengan pengasuh bila dia datang ke rumah jiran untuk menawarkan diri sebagai pengasuh kepada anak-anak jiranku.
Waktu tu hanya Aiman yang aku hantar. Aliya kukira belum wujud, kalau tidak salah perhitungan. Sehinggalah Aliya mula membesar dalam rahimku, aku sudah berkira-kira untuk menghantar kepada pengasuh yang sama. Iyalah, takkan nak pisahkan adik dengan abangkan. Tapi sehingga lahir, pengasuh masih belum memberi kata putus untuk menjaga Aliya.

Sepanjang menjaga Aiman, kukira tiada perkara besar yang boleh menjadikan aku berjauh hati. Semua nampak baik di mata. Sehingga aku melarang pengasuh aku membasuh baju-baju Aiman.
Bayaran yang dikenakan..ikut suka aku, kata pengasuh. Aku bayar RM180. Sebenarnya bayaran mengasuh kawasan aku hanya RM150. Niat aku RM30 lagi aku sedekah. Tapi silapnya aku tak pernah beritahu pengasuh yang RM30 tu aku sedekah.
Semua nampak baik dan lancar sepanjang dia mengasuh Aiman. Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat pengasuh yang baik kan..

Lahirnya Aliya, aku mula bertanya kepada pengasuh. Boleh ke nak hantar Aliya sekali? Kebetulan pengasuh juga mengandung dan anak bongsunya hanya beza 4 hari dengan Aliya. Lahirnya Aliya pada 6 Februari dan anaknya pada 10 Februari. Aku risau dan berkali-kali aku tanyakan kepastian. Boleh ke dia nak jaga Aliya? Sedangkan dia juga ada anak kecil. Iyelah, aku yang jaga 3 orang hujung minggu pun terasa penatnya, inikan pula dia nak jaga anak aku yang 2 orang dengan anak dia 4 orang. 2 orang dah bersekolah, 2 orang masih kecil. Boleh ke?
Akhirnya, kata putus diberi, dia boleh jaga. Itupun berkali-kali aku pesan, kalau rasa tak sempat bagitau, boleh aku cari pengasuh lain. Dia tetap katakan boleh.  Bayaran? RM200 dengan nasi baby dia masak, itu katanya. Bukan aku mintak tapi dia yang kata.
Bermulalah, dia mengasuh Aliya, seminggu sebelum aku habis cuti bersalin. Aliya dah 2 bulan lebih, hampir 3 bulan.  Juga bermulalah, perkara-perkara yang aku makan hati berulam jantung..
Hari pertama aku hantar Aliya, pengasuh ajar guna buai. So sad! Aku taknak anak aku guna buai.  Tapi aku diamkan saja. Takpalah adik..kat rumah kita takyah guna buai. Aku redha. Sebab Aliya bila balik dia ok ja tak meragam nak buai ke apa. 

Aiman ni minum Dugro coklat campur susu (bermadu). Sebab kalau coklat saja nampak macam pekat sangat. So campur. Sebelum hantar Aliya sekali, aku hantar dua bekas, 1 bekas susu dan 1 bekas coklat. Bila nak bancuh, ceduk sini sikit, ceduk sana sikit. Sebab aku takut pengasuh aku tak sempat, selepas hantar Aliya aku campurkan dua susu Aiman. Jadi 1 bekas saja. Senanglah kan? Kira aku pun ada hati perutlah kan.

Baju-baju Aiman dia dah tak basuh. Itu aku tak kisah, tapi baju-baju mana yang ada saki baki taik yang bocor dari pampers juga tidak dicuci. Maksud aku, tak dijirus sikit pun. Aku akan terima baju anak-anak aku yang kalau hari pampers bocor dengan taik yang dah kering melekat di seluar. Apa korang rasa? Patutkah? Dengan bayaran yang aku bagi?
Semalam juga entah kali ke berapa dia tak cuci berak Aliya betul2. Melekat2 kat celah2 tu. Kesian Aliya. Tergaru-garu dia. Tapi aku tak suka nak menegur. Takut orang terasa hati sebab aku pernah tegur, susu Aliya jangan rendam lama sangat, nanti zat2 hilang. Ibu-ibu yang mengepam susu badan akan faham ni. Elok ja aku tegur, esoknya dia kata dia bagitau suami dia. Pergh..teguran aku sampai kat suami dia. So, aku nih jenis malas nak panjang cerita, aku diam ja.
Bayaran ni pun 1 jugak. Aku tak pernah tolak walau seposen pun sekalipun aku cuti seminggu. Dia charge 2 orang RM380. Aliya RM200 dan Aiman RM180. Kalau nursery Amir cuti 2 minggu dia ambik separuh saja. Malah ada pengasuh yang lain tolak balik kalau hari depa tak hantar anak. Yang ni? Usah haraplah.
Alkisahnya, semalam aku bagitau, bulan depan dah taknak hantar Aiman dan Aliya. Pagi tadi, pengasuh kata setakat minggu ini sahaja. Minggu depan dia dah tak nak jaga. Ok..Aku terima. Pastu ayat dia..
Pengasuh: Mula minggu depanlah tak hantar, Potong 50, kila bayar 330 dahlah.

Ewah, ko tak kira ke yang cuti seminggu tu? Memang dasar nak duit ja. Aku takkan bayar yang dia cakap tu. Aku nak bagi RM200 saja. Kali ni aku nak tolak cuti raya. Kalau ikutkan kira separuh ja, Jadi RM 190. Alah 10 hinggit tu cincailah kan? Hari ni nampak sangat dia cuma bela anak-anak aku sebab duit. Bukan sebab kasih dan suka budak-budak. Hati aku usah cerita risaunya.. Rasa macam nak ja cuti esok dan lusa.
Sebenarnya dah lama aku cuak dengan pengasuh aku ni. Tapi aku diamkan saja. Kata nak masakkan nasi hancur untuk Aliya, tak juga. Sampai hari ni, aku yang masakkan. Pengasuh aku suka berjalan2. Dia angkut habis anak2 kalau nak kemana-mana. Aku tak risau dia nak bawa tapi macamana dia kawal Aliya dalam kereta? Letak lentang atas kerusi je ke? Bila aku tanya dia kata, Aliya dia pegang, Syamimi (baby dia), letak atas kerusi. Boleh percaya? Kalau aku, baik pegang anak aku kan?
Minggu lepas (15 September) Aiman cerita Aliya jatuh. Siap demo macamana Aliya jatuh tapi pengasuh tak pulak cerita apa-apa. Kalau korang, apa rasa?
Pastu sepanjang dia jaga anak-anak aku, aku tolak semua kursus yang jauh2. Sebab? Dia tak mau jaga anak-anak aku waktu aku kursus. Itu sebab bila cukup bulan, aku bayar cukup-cukup ja. Takde bonus sekalipun aku dpt bonus setengah bulan gaji. Satu kelegaan lepas ni sebab pengasuh baru (sebelum ni dia dah pernah jaga Aiman) sedia nak jaga kalau aku pergi kursus..

Aliya minum susu badan. Sehari aku perlu sediakan 500ml ke 600ml untuk Aliya sekalipun dia dah mula makan. Aku agak, asal Aliya jaga ja dia sumbat susu. Jadi aku perlu sediakan 500ml sehari bekal untuk Aliya. Setengah liter tu.. Kalau susu macam air paip oklah, Bukak paip mencurah-curah turun. Ini perlu stimulate perah pelan-pelan baru dapat. Hish..entahlah..stok beku dah tinggal seciput.. Kadang tu, basah baju Aliya dengan susu masa balik petang. Kenapa? Mesti dia biar ja Aliya menyonyot kat dalam buai. Entah masuk mulut ke tak, dia pun tak tahu.

Entahlah,kalau nak dicerita mau lebam jiwa raga aku. Tapi aku lega. Semoga pengasuh baru sedia terima Aliya seadanya..

Entry ini aku taip pada 20 September 2011.

Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker
Lilypie
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers