20 October 2011

Lunch di Pizza Hut

Aku lupa bagi duit poket kat Amir dan yang paling kesian, aku g ambik dia tengahari tadi baru aku tahu yang aku tak bagi duit kat dia. Hampeh! Muka memang muka lapo..Kesian anak aku.. Tanya dia nak makan apa. Eskrem..

Mulanya cadang nak g makan kat foodcourt Tesco je tapi aku pulak nak spagetti Pizza Hut. Maka menujulah ke sana. Bermulalah kisah2 kurang manis hari ni.

Jengok ja muka adelah, satu group tengah makan. Dan 3 orang pempuan duk kat kerusi area tengah sikit. Oklah.. Aku ade 1 tempat best kat Pizza Hut ni, naklah duduk situ kan. Sekali pompuan PH tu tak bagi. Dia cadang duk area depan ja. Aku siap 2 kali bg tau nak duk situ. Dia bg alasan staf tak ramai. Huh! Ok..takkan nak gaduh sebab nak seat je kan. So, duduk ja kat tempat dia bg..

Belek2 menu, Amir nak makan Ultimate Cheesy 7 tu. Aku ikutkan je. Maklumkah budak tak makan kan. Kesian punya pasal, aku ikut je. Panggil order. Tekan la butang bodoh kat meja tu. Meja aku sepatutnya no 6, tapi bila tekan keluar kat skrin no 9 so, chinese girl yang duduk kat meja 9 dilayan dulu. Dah agak lama, aku tekan lagi butang bodoh tu, dan buat muka bodoh kat staf yang bz lalu lalang kat situ. 10 minit barulah datang ambik order.

Sebelum order aku tanya other pompuan PH tu, kalau guna Maybank card ade 15%off kan? Konon macam aku tak bacalah. Dia senyum2, dan bagitau dah habis offer tu. Cis, hampeh lagi. Yang tercongok kat menu di meja tulis sehingga end of this DEC okay. Macam aku tak reti baca! Kalau bukak website dia pun dah terpampang 30%off. Bengong2 betoi..

oklah..apelah sangat ngan 15% off tu kan. So, aku order. Dari jam 1.10tgh sampailah 1.30 baru mushroom soup sampai, then roti, then air..last baru pizza. Oklah.makan, makan, makan, makan..Amir sampai 4 keping. Aku 2 jer sebab butang bodoh tu bila aku tekan nak mintak sos, staf PH duk pi tanya kat meja 9 tu ja. Jadi selera aku dah down.

Jam 1.50 lebih kurang, aku tanya TRIPLE PLEASURE (eskrem) yang aku dah order tadi, sebab aku kena masuk keje pukul 2 lah kan.. Amir pun dah sudah makan. Then, staf tu pergi tekan2 kat monitor tengah pastu diam lama, aku tekan lagi butang bodoh tu. Mai lagi sorang, tanya lagi sal eskrem tu. Pergi lagi.. Staf kat kitchen duk bersembang ja. Jin-jin belaan aku dah mula nak tunjuk taring dah ni. Last aku panggil staf yang duk lalu i mai pi mai tu, mana eskrem. Barulah dia layan, aku mintak bungkus ja. Dah lama sangat tunggu..

Masa lepas bayar, the staf tu yang tapau aku nyer eskrem mintak maaf. Oklah. Terima tapi kisah ni akan jadi iktibar untuk aku dan Amir.. Noted and babai..

dah masa untuk balik...









Our Family..

Daisypath Anniversary Years Ticker